Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Mei 2011

    Bermesra dengan Dato' Sri Mustapha Mohamed

    Dato' Sri Mustapha Mohamed atau lebih mesra dipanggil dengan Tok Pa adalah seorang yang peramah, cepat mesra dan sangat prihati terhadap orang sekeliling. Beliau senang dibawa berbual dan yang saya kagumi ialah stamina dan tenaga beliau sebagai seorang politikus yang aktif.

    Dato' Sri Mustapha Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau juga merupakan Ahli parlimen Jeli, Kelantan.

    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail(Sultan Ismail College)Jalan Telipot,Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.

    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Bin Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.

    Calon lawan ialah Mohd Afandi Bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.

    Coretan: Omarali Bin Matjais
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bermesra dengan Dato' Sri Mustapha Mohamed Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top