Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 9 April 2011

    Buku: Khazanah Kehidupan

    Perjalanan yang jauh akan terasa dekat jika persediaan untuk mengharunginya dilakukan. Perjalanan yang dekat akan terasa perit jika persediaan untuk mengharunginya tidak dipedulikan.

    Setiap anak Adam yang lahir pasti akan melalui suatu perjalanan kehidupan yang panjang. Ilmu dan pengalaman sahaja bekalan yang paling hebat untuk menempuhnya.

    Manusia seringkali gagal mengambil pelajaran dalam rutin harian mereka. Pada setiap hari yang berlalu, terlalu banyak hikmah yang tuhan berikan melalui peristiwa-peristiwa kecil yang selalu dianggap remeh. Akibatnya manusia terus menerus melakukan kesilapan yang sama bahkan terlepas begitu banyak pengajaran yang sangat berharga. 'Khazanah Kehidupan' merupakan sebuah buku motivasi yang mengandungi 99 kata-kata hikmat yang diambil melalui pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri. Sesuai untuk dibaca setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar atau pun golongan profesional.

    Mohd Zaim Bin Jaafar merupakan seorang guru yang bertugas di pedalaman Sarawak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi, USM 2004, Ijazah Sarjana Sains, USM 2006 dan Diploma Pendidikan, Institut Perguruan Darul Aman 2006.


    Pengarang : Mohd Zaim Jaafar
    Penerbit : MZJ Consultancy Sdn Bhd
    ISBN : 978-983-44406-1-9
    Mukasurat : 105 Halaman
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Buku: Khazanah Kehidupan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top