Terkini
  • Terkini

    Khamis, 28 April 2011

    Motivasi

    ASSALAMUALAIKUM…..

    Salam Silaturrahim. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan bertemu diruangan ini. Saya amat berterima kasih kepada pihak editor Punang.Com kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mencurahkan ilmu dan pengalaman yang ada walaupun cuma sedikit ilmu yang saya miliki. Sabda Rasulullah SAW yang kira-kira bermaksud “ sampaikanlah daripadaku walau hanya sepotong ayat ” atas dasar itu saya menerima pelawaan pihak editor untuk sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Dan bukanlah maknanya saya ni banyak ilmu tetapi ingin saya kongsi juga “seseorang yang mengetahui atau memahami sesuatu perkara itu adalah dikira orang yang berilmu ” saya tak pasti adakah ini hadis atau kata-kata ulamak.

    Bulan Mei sudah sinonim dengan bulan penghargaan kepada Pekerja, Guru dan Ibu kerana pada bulan inilah seorang Pekerja diraikan, seorang Guru dihargai, insan yang dipanggil Ibu/Mak/Ummi dan sebagai dihargai dan dimuliakan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada mereka yang bakal meraikan hari istimewa Mei ini. Penat, lelah dan segala rasa itu pasti akan lenyap dan lupus andai beroleh penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan, tidak kira penghargaan itu dilahirkan melalui kata-kata mahupun pemberian sesuatu yang amat dihargai tidak kira murah ataupun mahal.

    Memandangkan 1 Mei bakal tiba, dalam bicara saya yang pertama ini. Ingin saya membicarakan soal pekerjaan dalam hidup seseorang. Apabila seseorang itu telah mempunyai pekerjaan sendiri maka 360 darjah kehidupannya telah berubah. Apa yang pasti perubahan itu adalah sesuatu yang baik dan kehadapan dalam kata lain sudah ada pendapatan sendiri tidak perlu lagi bergantung kepada ibubapa atau orang lain. Tidak kira apapun kerja kita yang penting adalah halal dan adalah hasil usaha kita sendiri.

    Saya percaya ramai yang bersetuju kalau saya katakan sekarang ini terlalu sukar mencari pekerjaan atau mendapat pekerjaan yang diminati dan diidamkan . Dalam memilih pekerjaan, ramai yang terperangkap dalam dilema kerana tidak beroleh kerjaya idaman, lalu terpaksa bekerja dalam bidang yang tidak pernah diimpikan malah lebih parah lagi lebih sanggup tidak bekerja maka jadilah penanam anggur yang tak pernah mengeluarkan hasil

    Budaya pemikiran sempit dan mementingkan diri sendiri dalam memilih kerja sudah terlalu sebati dengan diri kita. Sikap kebergantungan terhadap sesuatu turut merugikan diri sendiri. Kadangkala sedih memikirkan sikap anak muda kita yang baru keluar universiti tetapi hendak kerjaya selesa. Bergaji setaraf dengan orang yang sudah tujuh lapan tahun bekerja dan enggan bersusah payah berusaha dari bawah. Adakah kita terlalu dimanjakan dengan kemewahan sehingga terlupa bagaimana hendak jadi orang susah. Itu cerita graduan universiti yang memilih kerja, macamana dengan kita yang duduk di kampong yang Cuma ada SPM atau PMR/SRP atau lebih teruk lagi sekolah hanya setakat darjah 6 takanlah nak memilih macam orang keluar universiti juga, itu kenalah ukur baju dibadan sendiri kan.

    Sebagai manusia, kita dimestikan berusaha, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada keadaan semata-mata. Berusahalah tanpa jemu kerana itulah yang diperintahkan kepada manusia oleh Allah SWT. Kalau kita diberi pilihan untuk berubah, sudah pasti kita akan memilih untuk berubah daripada tidak baik kepada yang baik . Dalam melakukan perubahan sudah pasti kita akan terpaksa meninggalkan sesuatu kebiasaan atau sesuatu yang kita suka. Orang selalu berkata, tiada paksaan dalam hidup. Hidup dalam keadaan terpaksa , tentu tiada bahagia, tiada seronoknya. Tetapi hakikatnya, dalam hidup kita memang tidak dapat segala-galanya yang kita mahukan. Dalam banyak keadaan, kita terpaksa melakukannya. Dalam banyak keadaan, sama ada suka atau tidak, kita terpaksa rela melakukannya.

    Islam sangat menuntut umatnya melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Dalam apa jua urusan atau bidang, baik dari pendidikan, pekerjaan, kepimpinan, rumahtangga dan sebagainya. Malah bersama keazaman yang disematkan dalam hati, bahawa hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

    Firman Allah mengingatkan hamba-Nya

    “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d:11)

    Marilah kita melihat dan muhasabah diri kita adakah kita sudah melakukan perubahan, dari yang tidak baik kepada yang baik dan dari yang baik kepada yang lebih baik.

    “ kunci kepada pembangunan diri ialah kesediaan untuk melakukan perubahan positif walaupun kecil pada hari ini juga.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Salam, Penulisan yang baik. Teruskan. Kami ketandusan penulisan oleh org tempatan walaupun tidak setinggi mutunya.

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama8/5/11 3:38 PTG

      sebagai penulis baru dan bukan pro mesti la mengambil bahan bacaan lain sebagai rujukkan, rasanya penulisan ini bukanlah seratus peratus dari buku. yang penting mesej yang dibawa itu sampai.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Motivasi Rating: 5 Reviewed By: Punang News
    Scroll to Top