Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 23 April 2011

    Ummu Salamah r. anhu

    Sebelum berkahwin dengan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Hazrat Ummu Salamah r.anha telah berkahwin dengan Hazrat Abu salamah r.a. Kedua-dua mereka sangat kasih-mengasihi dan hubungan mereka begitu rapat. Keadaan ini dapat dibayangkan daripada kisah ini.

    Pada suatu ketika Hazrat Ummu Salamah r.anha berkata kepada Hazrat Abu Salamah r.a, "Aku mendengar bahawa sekiraya suami dan isteri merupakan ahli surga maka suami akan mendapat bersama kembali dengan isterinya di syurga nanti jika siisterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya. Begitu jugalah siisteri akan dapat bersama suaminya di syurga kelak jika sisuaminya tidak berkahwin lain selepas kematian isterinya. Berjanjilah kepada saya bahawa antara kita, sekiranya sesiapa meninggal dunia terlebih dahulu maka yang masih hidup janganlah berkahwin lain."

    Hazrat abu salamah r.a berkata,"Apakah kamu akan patuh cakap saya?"Jawab Ummu Salamah r.anha,"Sebab itulah saya bermesyurat, iaitu untuk menurut cakapmu."

    Hazrat Abu Salamah r.a berkata,"Saya mahu kamu berkahwin selepas kematianku."Selepas itu beliau berdoa,"Wahai ALLAH, selepas kematianku kurniakanlah Ummu Salamah dengan suami yang lebih baik daripada saya, yang tidak akan memberikan kesedihan dan kesusahan kepadanya."

    Pada permualaan islam kedua-dua suami-ister itu berhijrah ke Habshah bersama-sama. Setelah kembali mereka berhijrah pula ke Madinah. Kisah seterusnya diceritakan sendiri oleh Hazrat Ummu Salamah r.anha,"Apabila Hazrat Abu salamah r.a membuat keputusan untuk berhijrah, beliau memuatkan untanya dengan barang-barang. Kemudian beliau menaikkan aku dan anakku Salamah r.a lalu beliau sendiri menarik unta dan bergerak kaluar. Orang-orangku daripada Bani Mughirah telah melihat kami keluar. Mereka berkata kepada Hazrat Abu Salamah r.a, "Kamu bebas melakukan sesuatu badi dirimu sendiri. Namun, bagi anak gadis kami ini, kami tida akan membenarkan dia bersamamu merayau kesana-sini."Selepas berkata demikian mereka merampas tali unta daripada Hazrat Abu Salamah r.a dan mereka membawa saya secara paksa.

    Apabila orang-orang daripada pihak bapa mertua saya iaitu saudara-saudara suami saya, Bani'Abdul Asad mengetahui perkara ini mereka pun datang dan bertengkar dengan orang-orang kabilah saya (Bani Mughirah). Mereka berkata,"Kamu berkuasa atas anak gadis kamu tetapi kenapa kami harus meninggalkan anaknya Salamah r.a di sisi kamu sedangkan kamu tidak membenarkan anak gadis kamu bersama suaminya?"

    Mereka merampas anak saya Salamah r.a. Dengan itu saya, suami saya dan anak saya semuanya terpisah. Suami saya telah pergi ke Madinah, saya tinggal di samping keluarga sementara anak saya telah dihantar ke rumah datuknya. Setiap hari saya pergi ke padang pasir dan menagis sehingga ke petang. Selama setahun masa berlalu dengan tangisan. Saya tidak dapat pergi kepada seuami dan saya juga tidak mampu untuk mendapatkan semula anak saya.

    Pada suatu hari, seorang daripada sepupu saya berasa kasihan melihatkan keadaan saya lalu beliau memberitahu kepada orang-orang saya daripada Bani Mughirah,"Kamu telah memisahkan dia daripada suami dan anaknya. Tidakkah kamu berasa kasihan terhadapnya? Biarkan sahaja dia pergi."

    Hasil usaha daripada sepupu saya itu menyebabkan mereka bersetuju membiarkan saya pergi bertemu dengan suami saya. Apabila Bani"Abdul Asad mendengar perkara ini mereka juga menyerahkan anak saya kepada saya.

    Saya pun menyediakan seekor unta dan sambil memangku anak, saya pun bertolak seorang diri menuju ke arah Madinah. Setelah kira-kira tiga atau empat batu jauhnya perjalanan, saya bertemu dengan Hazrat 'Uthman bin Talhah r.a di Tan'im. Beliau bertanya,"Ke mana kamu hendak pergi berseorangan diri?
    "Jawaku,"Kepada suamiku di Madinah."
    Beliau bertanya lagi,"Tidak ada sesiapa bersama-samamu?"
    Saya menjawab,"Tiada sesiapa selain daripada zat ALLAH."
    Lalu beliau memegang tali untaku dan bergerak menuju ke Madinah. Demi ALLAH, tidak pernah aku berjumpa seseorang yang lebih jujur dan mulia daripada Hazrat 'Uthman r.a. Apabila tiba waktu untuk turun,beliau akan menundukkan unta saya kemudian beliau akan pergi ke sebalik pokok lalu saya pun turun. Apabila tiba waktu untuk bergerak beliau akan memuatkan barang-barang dan menundukkan unta itu berhampiran denag saya. Apabila saya sudah menaiki unta itu, beliau akan datang menarik tali dan terus bergerak.

    Beginilah keadaannya sehingga kami sampai ke Madinah. Apabila sampai di Quba beliau memberitahu,"Suamimu tinggal disini." Sememangnya pada masa itu Hazrat Abu Salamah r.a masih menetap di quba. Setelah menghantar saya ke sana Hazrat 'Uthman r.a pun kembali semula ke Mekah."

    Hazrat Ummu Salamah r.anha berkata lagi,"Demi ALLAH, aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih jujur dan berbudi pekerti mulia daripada Hazrat'Uthman bin Talhah r.a. Demi ALLAH, kemungkinan tiada seorang pun yang pernah menanggung kesusahan dan penderitaan seumpama yang saya hadapi dalam masa setahun ini."[Asadul-Ghabah]


    Keterangan


    Ini menunjukkan keyakinan Hazrat Ummu Salamah r.anha terhadap ALLAH s.w.t. Dengan niat untuk berhijrah, beliau telah keluar berseorangan diri dan lihatlah betapa ALLAH s.w.t dengan kerahimanNya telah menyediakan asbab nusrah (pertolongan) untuk beliau. Sesiapa yang bertawakal kepada ALLAH, pasti ALLAH akan membantunya dan hati-hati manusia ini hanyalah dalam gengamanNya. Melakukan hijrah berseorangan diri tanpa mahram dibenarkan bagi wanita tetapi syaratnya hijrah itu adalah yang wajib. Sebab itu hijrah Hazrat Ummu Salamah r.anha tidak ada apa-apa kemusykilan dari segi syariat.


    Kisah Para Sahabat
    Fadilat Amal
    Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Ummu Salamah r. anhu Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top