Terkini
  • Terkini

    Rabu, 13 April 2011

    Yang Berkuasa Dan Pemberi Kuasa

    YANG BERKUASA dan PEMBERI KUASA adalah dua entiti yang berbeza, namun saling memerlukan serta berhubungkait antara satu sama lain dalam kelangsungan PENGUASAAN jagat ini. Ibarat aur dengan tebing, ibarat kereta dengan tayarnya, begitulah rantaian dan kitarannya.

    YANG BERKUASA dan PEMBERI KUASA mempunyai ‘pegangan teguh’ yang berbeza-beza, ada yang percaya kepada Yang Esa, ada yang percaya kepada Anak Yang Esa sahaja dan ada juga yang percaya kepada Dewata, malah lebih dahsyat lagi percaya kepada Helaian Kertas bergambarkan Sang Raja.Dalam kelangsungan ini mereka bersatu menari dalam satu barisan.

    YANG BERKUASA menguasai SIPEMBERI KUASA juga menguasai segalanya termasuk menguasai PENGUAT KUASA yang ada,menguasai KARUN yang ada walau bukan hak mereka. Kenapa dan bagaimana perkara ini berlaku? Ini kerana keserakahan YANG BERKUASA, keserakahan dalam mengaut KARUN yang ada, keserakahan dalam penguasaan demi mengekalkan title YANG BERKUASA. Semua ini amat mudah bagi mereka kerana YANG BERKUASA lah yang mencatur PENGUATKUASA-PENGUATKUASA yang ada, YANG BERKUASA lah yang menggubal serta mencipta segala peraturan dan perundangan melalui meja rundingan suci mereka. Semua yang digubal ini semesti nya menurut acuan meraka agar lebih mudah bagi mereka untuk terus berkuasa dan menguasai SIPEMBERI KUASA.

    Semakin lama YANG BERKUASA menari dalam kekuasaannya,semakin terbuai dia sehingga hampir lupa tentang kitaran dan hubungkait dia dengan SIPEMBERI KUASA.YANG BERKUASA tersentak dan mengelabah dalam tarian kekuasaannya apabila telah hampir tiba ‘Hari Penentuan’ mereka. Maka YANG BERKUASA mula tersedar tentang hakikat antara YANG BERKUASA dan SIPEMBERI KUASA yang mana lebih berkuasa, bagaimana dia boleh menjadi YANG BERKUASA selama ini.

    Demi untuk memenangi hati SIPEMBERI KUASA agar terus tetap memberi kuasa kepada mereka maka YANG BERKUASA menjelajah hingga keceruk desa,kepintu gua, ke pesisir pantai dan keserata pelusuk mukim dan desa. Tarian dan lenggoknya di perteguh semula, gemalai irama di merdu semerdu merdunya. Maka terlopong dan terlena lah SIPEMBERI KUASA disaat hampir ‘Hari Penentu’ untuk menentukan hidup mati YANG BERKUASA. Akibat terbuai oleh alunan merdu YANG BERKUASA, SIPEMBERI KUASA keliru untuk menilai, lupa akan onar selama ini, malah lupa akan tanggungjawabnya kepada YANG MAHA ESA YANG MAHA BERKUASA.

    Sedarlah wahai YANG BERKUASA dan SIPEMBERI KUASA, tiada akan berjaya segala urusan mu jika hanya atas fikir mu. Kerana fikir mu beraduk dengan Serakah mu. Sedarlah wahai YANG BERKUASA dan SIPEMBERI KUASA hanya YANG MAHA ESA saja yang mampu menunjuki mu tatacara untuk damai dan menang didunia dan akhirat, usah berati kepala fikir mu kerana segalanya tercatat di helaian suci 30 Juzuk.
    Takbir !!! ALLAH HU AKBAR !!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Yang Berkuasa Dan Pemberi Kuasa Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top