Terkini
  • Terkini

    Isnin, 16 Mei 2011

    Dosa Mencerobohi Maruah Seseorang

    Sebuah hadis yang terkenal, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “orang Islam yang sebenar ialah mereka yang menyelamatkan manusia daripada kejahatan lidah dan tangannya” (Riwayat Muslim)

    Dalam dunia serba canggih sekarang – dengan hanya menyebarkan berita melalui satu klik pada keyboard sahaja, bukan sekadar dengan lidah, and mungkin boleh terjerumus dalam mencerobohi maruah seseorang.

    Lebih bahaya lagi, dengan hanya menyebarkan fitnah melalui internet, semua manusia boleh membaca selagi mana fitnah itu belum dipadamkan. Dewasa ini, ramai manusia tanpa segan-silu sanggup mencalarkan maruah seseorang dengan begitu mudah.

    Penjagaan maruah menjadi matlamat penting yang perlu dicapai dalam pensyariatan hokum-hukum Islam. Maksudnya seseorang mempunyai kewajipan menjaga maruah samada maruahnya sendiri atau keluarganya dan maruah orang lain daripada tercemar.

    Perkara maruah ini perlu dimuhasabah kita pada hari ini. Maruah seseorang manusia perlu dijaga khusus sesame muslim. Bahkan menyakiti hati seseorang dengan sedikit kata-katapun dilarang. Firman Allah taala yang bermaksud: “Dan orang menggangu serta menyakiti orang lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan dan perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secar dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata” (surah al-Ahzab 33:58)

    Hadis riwayat muslim juga mengambarkan dalm sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram iaitu darah, harta dan maruahnya”

    Apa yang menyedihkan kita, ada segelintir orang yang memandang remeh hal sebigini. Ketahuilah bahawa sesiapa yang terjerumus dalam maksiat qazaf dan masih belum bertaubat, maka dia dalam bahaya yang besar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Dosa Mencerobohi Maruah Seseorang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top