Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Mei 2011

    Kempen Menghapus Fitnah dalam facebook.

    Punang.com akan menerajui kempen menghapuskan fitnah melalui Facebook.

    DOSA BESAR JIKA MENGUMPAT

    Orang Islam yang sebenar ialah mereka yang menyelamatkan manusia daripada kejahatan lidah dan tangan (Riwayat Muslim). Menjaga maruah orang lain dituntut dalam Islam dan sebab itulah Islam melarang qazaf.

    Selain larangan QAZAF, dalam memelihara maruah manusia, Islam melarang ghibah atau mengumpat. Surah al-Hujurat 12 menjelaskan "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kami mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh sebab itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah. Seseungguhnya Allah maha Penerima taubat, lagi maha mengasihani"

    Mengumpat maknanya seseorang menyebut tentang sesuatu perkara mengenai seseorang yang lain yang tidak disukai olehnya. Samada berkaitan tubuh badan, agama, diri, dunia, jasad, perangai, harta, bapa, anak, isteri, gerak-geri dsb.

    Bentuk mengumpat adalah seperti lafaz, tulisan, isyarat mata atau sebagainya yang boleh melukakan hati yang diumpat. Sabda Rasullullah s.a.w yang berkmaksud: "Sesungguhnya, riba yang paling dashyat adalah dengan menceroboh maruah seseorang Muslim tanpa hak"

    Saudara-saudara sekelian, marilah kita sama-sama membenteras budaya atau tabiat mengumpat dalam facebook mulai dari 13 Mei 2011. Jika anda terserempak ada unsur fitnah dalam fb sila 'copy dan paste sabda berikut pada 'comment' : [ Sabda Rasullullah s.a.w yang berkmaksud: "Sesungguhnya, riba yang paling dashyat adalah dengan menceroboh maruah seseorang Muslim tanpa hak"]

    Selamat Berjuang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Kempen Menghapus Fitnah dalam facebook. Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top