Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 7 Mei 2011

    Osama Bin Laden Inspirasi Keberanian dan Kebenaran

    “ Pemimpin Al-Qaida yang juga individu paling dikehendaki Amerika Syarikat Osama Bin Laden disahkan terkorban . Osama mati di sebuah rumah agam di luar ibu Negara Pakistan dalam operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat. Kematian Osama disahkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam satu sidang media di White House sebentar tadi. Osama menjadi buruan Amerika Syarikat sejak sekian lama, dia juga dituduh watak penting mendalangi serangan ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia WTC pada 11 September 2001”.

    Begitulah kebanyakkan berita di akbar dan media di seluruh dunia melaporkan beberapa hari yang lalu. Namun sehari selepas itu ada pulak dakwaan bahawa kematian Osama itu adalah palsu. Setelah jenazahnya disemadikan di Laut Arab, timbul pula laporan foto yang didedahkan semalam bukan individu yang diburu sejak 10 tahun lalu. Gambar yang dipercayai mayat pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden, dipertikaikan media tempatan dan antarabangsa. Selain stesen televisyen Pakistan, Geo TV, beberapa akhbar termasuk di Britain, menarik balik foto yuang dianggap palsu selepas menyedari ia sama seperti yang disebarkan pada 2009. Ramai menganggap Amerika Syarikat memalsukan pengumuman tersebut sebagai alasan bagi mengundurkan 130,000 anggota tentera Bersekutu di Afghanistan, sebagai menamatkan peperangan 10 tahun melawan Taliban.

    Adakah ini satu lagi konspirasi yang dicipta oleh Amerika Syarikat dan Yahudi sepertimana ia memalsukan laporan sebenar, yang dibuat oleh William Rodriguez saksi terakhir dalam runtuhan bangunan Pusat Dagangan Dunia WTC pada 11 September 2001.

    Skrip hidup seseorang kadangkala mudah, tidak banyak plot dan kejutan. Laluan yang dilalui ada ketika bagaikan diawasi dan diberi panduan secukupnya untuk mencari cahaya kebenaran. Ada ketikanya seperti terbiar di lautan gelora. Terkial-kial untuk mencari sesuatu untuk berpaut. Semuanya dalam perancangan Allah SWT yang tiada siapa boleh menjangkakannya. Seperti juga Osama bin Laden begitu jugalah William Rodriguez Allah telah rancang perjalanan hidup mereka, Yahudi mahupun Amerika Syarikat tidak berhak untuk mengatur kehidupan mereka

    WILLIAM RODRIGUEZ BERTEMU KEBENARAN

    William Rodriguez, seorang ahli silap mata terkenal yang berasal dari Peurto Rico dan berhijrah ke New York untuk mengembangkan bakatnya di dalam bidang yang diminatinya. Dunia Islam tidak mengenalinya sehinggalah berlaku peristiwa runtuhan bangunan World Trade Centre pada 11 September 2001. Dia adalah individu terakhir yang selamat daripada runtuhan itu.

    William muncul menyampaikan ceramah di International Islamic Fair (IIF) 2007 di Putra Warl Trade Centre pada akhir julai 2007. William telah diwawancara oleh majalah Anis selepas menyempaikan ceramah itu. William Rodriguez, 46 tahun, mempunyai pengalaman 30 tahun di dalam seni silap mata dan penampilannya mampu memukau penonton dengan pelbagai trick dan permainan yang mengejutkan. Namun, pengalamanya menghiburkan manusia lain ada waktu mendatangkan rasa bosan kepada dirinya kerana dia memang gemarkan sesuatu yang mencabar. Ada kalanya tepukan penonton bukan lagi pendorong kepadanya tetapi bagaikan ejekan yang mempersendakan kebolahannya untuk melakukan pelbagai ‘kejutan’ melalui kemahiran tangan dan daya konsentrasi mindanya yang tinggi.

    Namun 11 September 2001, keadaaanya berbeza dan telah merubah kehidupannya lebih seratus peratus. Apa yang dilaluinya bukan lagi silap mata tetapi ia memang kejadian sebenar. Pagi itu dia berada di tingkat 3 bangunan Word Trade Centre, menghadiri satu mesyuarat sebelum tiba-tiba dia terdengar letupan dan bangunan mulai runtuh. Bersama rakan-rakan lain, dia berlari mencari jalan keluar. Dia terkepung antara runtuhan blok batu, namun di sudut hatinya ada bisikan mententeramkan dirinya bahawa dia akan selamat.

    Bersama dengan hujan batu dan serpihan bangunan, William berlari keluar dan Tuhan maha berkuasa, William selamat keluar dan dia merupakan orang terakhir yang selamat daripada tragedi yang mengejutkan seluruh dunia itu. Dia menjangkakan gempa bumi berlaku dan dunia akan kiamat, namun terkejut apabila diberitahu bahawa sebuah kapal terbang telah merempuh bangunan berkenaan sehingga meruntuhkan keseluruhan struktur bangunan. Sedangkan apa yang dia rasai dan alami berbeza sekali. Sebaik sahaja selamat, dia dikerumuni wakil media. Segala pengalamannya diceritakan dengan penuh tanggungjawab dengan harapan misteri yang menyelubungi peristiwa berkenaan dapat dikhabarkan kepada dunia.

    Namun keadaannya berbeza, Apa yang dia laporkan dibekukan dan berita yang memang sudah dirancang mulai menghiasi halaman depan setiap akhbar, stesen TV dan saluran media dunia – Al-Qaida didakwa bertanggungjawab kepada peristiwa itu. Dalam beberapa hari, senarai ‘penjenayah’ sudah diperolehi dan dipaparkan keseluruh dunia. Bahkan bagaimana perancangan komplot berkenaan juga diceritakan untuk menunjukkan betapa ‘cekapnya’ pihak CIA mengesan strategi perancang berkenaan. Persoalannya, ke mana hilangnya berita dan kisah benar pengalaman William Rodriguez? Dia yang pada mulanya dianggap hero tetapi kemudian didiamkan dan diarah pulang ke Negara asalnya, Puerto Rico. Konspirasi jahat Yahudi untuk mengaitkan Islam dengan keganasan yang amat dahsyat berjaya dilakukan dengan begitu terancang. Dan pada saat itu bermulalah pencarian dan pemburuan ke atas Osama bin Laden. Namun bagi William, skrip ALLAH SWT ke atas dirinya begitu mahal. Peristiwa itu benar-benar menyedarkan dirinya yang selama ini banyak bermain dengan silap mata bahawa apa yang dilaluinya adalah kebenaran; kebenaran Islam yang sangat dibenci oleh Yahudi dan dunia Barat. Peristiwa berkenaan mendekatkan dirinya untuk mengkaji kebenaran yang terdapat dalam Islam.

    “ Mengenali Islam dengan lebih dekat, ia menjadikan saya lebih memahami dan menyintai agama ini. Inilah hidayah yang saya perolehi daripada peristiwa ‘sebelas September’ . walaupun kebenaran ditutup oleh pihak barat, namun Allah telah mengerakkan jiwa saya untuk mendapatkan kebenaran yang hakiki.” Kata William gembira. “selepas berfikir dan mengkaji rentetan peristiwa itu, saya membulatkan tekad untuk menganuti agama yang saya kagumi ini. Islam adalah agama kebenaran bukan keganasan. Malah kejahatan lebih buruk lagi juga sering dilakukan oleh penganut agama lain. Dan ternyata ini tidak pula disebarkan. Memutar-belit fakta adalah sebagian daripada dakwah dan konspirasi jahat pihak Barat. Saya berpendapat untuk itu umat Islam, harus bersatu demi Islam memperbaiki kelemahan dan mengatasi kekurangan sosio ekonomi jika mahu dipandang sebagai agama yang benar-benar berfaedah untuk umatnya.” Tambah William.

    Akhirnya pada November 2006 dia melafazkan syahadah dan dengan penuh tekad mahu menjadi seorang muslim yang beriman dan mahu menyebarkan maklumat tepat mengenai komplot jahat Barat yang diketuai Amerika untuk merosakkan imej Islam. Dia akan terus tampil di hadapan khalayak untuk menceritakan pengalamannya dan tipu muslihat musuh Islam untuk merosakkan imej Islam. Inilah detik awal William sebagai ‘Duta Kebenaran’ Peristiwa 11 September menyelusuri seluruh pelosok dunia menyatakan kebenaran sambil memperkukuhkan dirinya sebagai seorang Islam yang sejati.

    Persoalannya kenapa mayat Osama di buang ke Laut, kenapa tidak disemadikan seperti umat Islam yang lain. Adakah mayat Osama dighaibkan seperti juga laporan sebenar William yang dibekukan atau Adakah Amerika Syarikat dan Yahudi sudah tidak mampu melawan keberanian dan kehebatan Osama bin Laden. Adakah Osama bin Laden akan muncul dengan watak yang lain dan lebih hebat, seperti William Rodrigeuz yang disuruh pulang ke Negara asalnya tetapi dia muncul kembali dengan watak yang amat berbeza kerana bertemu dengan kebenaran ISLAM.

    dana
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Osama Bin Laden Inspirasi Keberanian dan Kebenaran Rating: 5 Reviewed By: Punang News
    Scroll to Top