Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Julai 2012

    Soal-Jawab Mengenai Puasa

    Berikut adalah soalan lazim bagi yang ingin mengetahui tentang puasa baik puasa bulan Ramadan atau puasa sunat pada hari-hari biasa.

    click to expand
    Bagaimana status puasa jika kita terlupa niat atau tidak terjaga untuk bangun sahur?

    Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat dan letaknya dihati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

    click to expand 
    Apakah hukum seseorang yang makan secara tidak sengaja atau terlupa ketika sedang berpuasa?


    Sah puasanya, kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud "sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan yang terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya.

    click to expand 
    Adakah sah puasa seseorang ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang

    Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulut.

    click to expand 
    Semasa mengerjakan ibadah puasa, seseorang termuntah dengan teruknya sebanyak 3 kali. Adakah puasa saya telah terbatal?

    Tidak terbatal kerana muntah dengan tidak sengaja.

    click to expand 
    Saya sering mengunakan eyedrops untuk mata saya. Apakah batal puasa saya?

    Tidak batal kecuali digunakan buakn untuk tujuan perubatan. Menurut Syeikh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa mengunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu' Fataawa 25/233, 25/245)

    click to expand 
    Semasa berpuasa, saya tidur dan bermimpi hingga terkeluar air amni. Bagaimana status puasa?

    Syeikh Ibn Qudaamah berkata bahawa 'Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa kerana ia merupakan tindakan sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesuatu yang keluar dari tekaknya semasa dia sedang tidur. Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.


    click to expand 
    Batalkah puasa saya apabila menelan hingus atau kahak sedangkan ianya boleh dihindar?

    Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa'imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama' menisahatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin, lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak eajar ditelan.


    click to expand 
    Bolehkah saya mengunakan siwak /Menggosok gigi semasa berpuasa?

    Amalan bersiwak adalah amalan sunnat Rasulullah s.a.w. dan tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syeikh ibn Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya. Walaubagaimanapun Syeikh Ibn Utsaimi menasihatkan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam.


    click to expand 
    Adakah batal puasa jika melakukan aktiviti renang?

    Malakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan SENGAJA.

    click to expand 
    Adakah sah puasa seseorang yang pitam?

    Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Soal-Jawab Mengenai Puasa Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top