Terkini
  • Terkini

    Rabu, 1 Jun 2011

    Mudahnya Mendapat Syurga

    “ Wahai Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih afdal antara perempuan solehah di dunia atau bidadari di syurga?”

    Tanya Ummu Salamah kepada Rasulullah s.a.w. pertanyaan ini timbul setelah Ummu Salamah bertanyakan baginda sifat dan kecantikan bidadari syurga (Hur’ain). Lantas dijawab oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya:

    “ Bahkan wanita solehah di dunia itu lebih afdal dari bidadari syurga seperti afdalnya permukaan (Sebelah atas yang indah berseri dari permukaan sebelah bawah sesuatu perkara/benda).”

    Lalu ditanya kembali oleh Ummu Salamah, dengan katanya:

    “ Bagaimana itu berlaku wahai Rasulullah (dengan apa dilebihkan wanita solehah di dunia dengan bidadari di syurga)?”

    Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab:

    “ Dengan solat yang mereka (wanita solehah) dirikan, puasa yang mereka laksanakan dan kerana pengabdian mereka kepada Allah s.w.t. di dunia, maka Allah s.w.t. memakaikan kepada wajah-wajah mereka dengan cahaya yang menyerikan wajah, menyarungkan tubuh badan mereka dengan sutera yang halus lagi lembut, putih melepak kulit mereka, pakaian mereka kehijauan yang mengindahkan pandangan, penuh dengan perhiasan mutiara dan emas permata, malah mereka akan berkata “Kamilah wanita-wanita solehah yang kekal abadi yang tidak akan merasi kematian, kamilah wanita solehah yang dianugerahkan berbagai nikmat kelazatan yang tidak ada perasaan bosan dan putus asa, kamilah wanita solehah yang sentiasa redha yang tidak memiliki perasaan kemarahan, berbahagialah orang yang memiliki kami dan sememangnya mereka untuk kami.”
    (Riwayat al-Tabrani)

    Wanita dikatakan antara golongan yang paling mudah memasuki syurga, juga paling senang mendapat bahagiannya di neraka! Mudah untuknya memasuki syurga kerana dia hanya perlu membuat kebaikan dan memberikan ketaatan kepada suami. Sabda Rasulullah juga yang bermaksud

    “ Apabila seorang wanita melakukan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadhan, memelihara kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya dia masuk ke syurga.”

    (Riwayat Al-Bazzar daripada Anas)

    Selain itu baginda juga bersabda:

    “ Seseorang perempuan yang meninggal dunia dan suaminya redha terhadap dirinya, maka dia akan masuk ke syurga.”

    (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

    Demikian mudahnya seorang isteri mendapat bahagiannya di dunia dan akhirat. Peluang yang seharusnya direbut setiap wanita bergelar isteri.

    Namun perlu juga diingat bahawa, wanita sangat mudah juga untuknya mendapat balasan neraka apabila dia menderhakai dan menghina suaminya sendiri.

    Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    “ Kaum wanita masuk ke neraka kerana mereka mengkufuri suami. Suami selalunya berbuat baik terhadap isteri, tetapi sekali dia berbuat buruk, isteri terus berkata kepada suaminya: Awak belum pernah berbuat baik kepadaku.”

    Apa lagi jika seseorang wanita yang cuba meminta cerai daripada suaminya, dia diharamkan mencium bau syurga, seperti sabda baginda yang bermaksud:

    “ Seseorang perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa hak, nescaya diharamkan baginya mencium bau syurga.”

    (Riwayat Ahmad Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


    Maka itu wanita adalah perlu sentiasa berhati-hati dalam kehidupannya. Selamatkan diri kita dari neraka kerana wanitalah paling ramai jadi penghuni neraka sebagaimana pesan Rasulullah s.w.t. kepada wanita ini:

    Said berkata, “ Pada hari Aidiladha atau Aidilfitri, Rasulullah s.a.w. pergi ke masjid. Di pertengahan jalan, baginda melewati sekumpulan wanita lalu bersabda:

    “ Wahai kaum wanita, bersedekahlah, sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku, kaum kalianlah yang lebih banyak menghuni neraka.”

    Mereka bertanya lagi, “ Kenapa?”

    Baginda menjawab. “ Kerana kalian sering mengutuk dan menolak bergaul. Aku tidak melihat kekurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang di antara kalian.”

    Mereka bertanya lagi, “ Apakah kekurangan agama dan akal kami?”

    Rasulullah menjawab. “ Bukankah kesaksian seorang wanita itu nilainya hanya separuh daripada kesaksian seorang lelaki?”

    Mereka mengiakan. Rasulullah bersabda lagi:

    “ Itulah di antara kekurangan akal wanita. Bukankah ketika wanita sedang haid, dia tidak solat dan tidak pula berpuasa?’

    Mereka juga mengiakan. Rasulullah bersabda lagi,

    “ Itulah di antara kekurangan agama wanita.”

    (Riwayat Bukhari)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Thank you Thanks =)
      Heya i'm i am for the first time here. I came across found this board and I find It truly really useful & it helped me out a lot much . I hope to give something back and help aid others like you helped aided me.


      Watch Ben-Hur Online









      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Mudahnya Mendapat Syurga Rating: 5 Reviewed By: Punang News
    Scroll to Top