Terkini
  • Terkini

    Isnin, 20 Jun 2011

    Perubahan Wajah Rasulullah

    Suatu ketika baginda Rasulullah s.a.w. sedang membaca khutbah, tiba-tiba wajah baginda berubah. Baginda terdiam agak lama. Raut wajahnya bertukar sedih sehingga menimbulkan kehairanan para sahabat. Tidak lama kemudian, baginda menyambung khutbahnya seraya berkata, “ Amin, amin, amin.”

    Para sahabat bertanya apabila melihat perubahan sikap Rasulullah. Baginda menjawab, “ Ketika aku membaca khutbah tadi, Jibrail datang kepadaku. Kata Jibrail, tahukah kamu ada tiga orang/golongan yang rugi di muka bumi ini.”

    “ Pertama, orang yang diberikan kesempatan oleh Allah di muka bumi, apabila Allah panjangkan usia dan berikan kesihatan pada bulan Ramadhan tetapi Ramadhan berlalu tanpa menjadikan dia orang yang lebih baik.

    “ Kedua, orang yang mempunyai ibu bapa. Tetapi ibu bapa itu tidak menjadi habuan untuknya masuk syurga.(Maksud Rasulullah, sepatutnya ibu bapa menjadi peluang kepada anak-anak masuk syurga. Tetapi ada anak yang tidak mengambil peluang untuk berbuat baik kepada ibu bapanya. Malah mereka melihat ibu bapa itu sebagai bebanan).

    “ Ketiga, orang yang apabila disebut nama kamu (Muhammad), dia lalai. (Mereka tidak membalas dengan sebutan sallallahu alaihi wassallam). Sebutkan amin, ya Muhammad, kerana mereka inilah orang yang rugi.” (Disebabkan itulah baginda menyebut amin sebanyak tiga kali).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Perubahan Wajah Rasulullah Rating: 5 Reviewed By: Punang News
    Scroll to Top