Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 4 Jun 2011

    Takabbur punca Fitnah

    Fitnah dan Takabbur berada dalam satu pakej kerana akibat takabburlah seseorang itu memfitnah, mengkritik, mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain.

    Takabbur bukan saja akan merosakkan perpaduan dan persaudaraan sesama manusia tetapi juga memudaratkan diri si Takabbur itu sendiri. Orang yang Takabbur sukar menerima kebenaran. Hatinya terlalu keras untuk mempertahankan keegoannya kerana bimbang akan malu dikalangan geng-gengnya atau kaki puji dikelilingnya. Hakikatnya orang ego adalag toxic people yang meracuni persaudaraan dan meretakkan persaudaraan.

    Orang ego- jika bodoh susah hendak diajar, jika dia pandai susah hendak diikut. Mereka mempunyai ‘kecacatan dalaman’ yang mengekang keupayaan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain secara harmoni.

    Keenganan iblis tunduk kepada Adam a.s. adalah legasi takabbur yang nyata dan protégé-protégé nya terdiri daripada Firaun, Haman, Qarun, Namrud, Abu lahab, Abu Jahal. Diikuti oleh Kamal Aturtuk, Israel, Presiden Bush dan banyak lagi.

    Definasi
    Sifat tabkabbur disebabkan gara-gara merasakan diri “lebih” dan orang lain ‘kurang’. Merasa diri hebat, orang lain dihina. Rasulullah memberi definisi tepat “… sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina mahluk” (Riwayat Muslim).

    Para ulama menjelaskan ada 3 ciri utama individu yang takabbur, iaitu (1) merasa diri lebih baik, (2) menghina orang lain dan (3) menolak kebenaran. Ketiga-tiga sifat ini menyerang manusai dalam bentuk pakej kerana ia saling berkait antara satu sama lain.

    Apabila merasakan diri lebih baik, atas apa saja sebab, seseorang itu cenderung memandang orang lain buruk, hina dan rendah. Apabila perasaan ini bertapak maka dia akan terlalu obses terhadap dirinya sendiri. Ketika itu ia akan menolak apa saja pandangan, saranan, teguran daripada orang lain walaupun benar.

    Tanda Takabur
    Mudah terluka dan melukakan orang lain
    Orang ego selalunya mudah melukakan hati orang lain termasuk ahli keluarga sendiri, menerusi percakapan dan sikapnya. Percakapan/penulisan penuh dengan perlecehan, membangga diri dan kebanggaan. Ironinya orang ini juga mudah dilukakan hatinya. Mudah rasa tersindir, rasa diperkecilkan, dan dipinggirkan. Dia terlalu sensitive dan mudah emosional. Mudah kecil hati dan akhirnya merajuk.

    Sukar memberi dan meminta maaf
    Tidak ada istilah forgive and forget dalam kamus hidup si Takabbur kerana di tidak akan tunduk kepada orang lain.

    Memotong cakap orang lain
    o Si Takabbur selalu ingin menjurai sesuatu perbualan dan sentiasa menganggap pebualan sebagai perdebatan bukan perkongsian. Kerakusan menunjuk pandai, mengangkat diri hingga menyebabkan dia kurang menjadi pendengar (bad listener) tetapi suka didengar.
    o Dia tidak suka orang lain memberi pandangan dan hanya mahu pandangannya sahaja diterima.
    o Self-centered (hanya memfokuskan diri)

    Gila Pujian
    o Dia suka kepada pujian daripada kawan sekeliling yang sebenarnya kaki ampu. Disebabkan pujian adalah palsu dan pengampu memberi maklumat atau aduan yang tidak tepat.
    o Pujian membuta telah merasakan mereka super sehingga terlanjur bertindak diluar kemampuan atau berhujah diluar fakta.

    • Cara berpakaian dan berjalan dengan angkuh (akan dihuraikan)
    • Gila Kuasa dan Jawatan (akan dihuraikan)

    Punca-Punca Takabbur
    Takabur terbahagi kepada dua. Pertama, takabbur dalam urusan agama dan keduatakabur dalam urusan dunia. Takabbur dal urusan agama merangkumi ilmu dan amal, manakalatakabbur dalam urusan dunia mempunyai 5 sebab yakni kerana keturunan, kecantikan dan ketampanan rupa, kekuatan dan keperkasaan, pengaruh dan kuasa serta kekayaan harta.

    Keturunan
    o Ramai yang merasakan dia lebih baik kerana mempunyai keluarga ternama, kaya atau atau ternama di dalam sesebuah masyarakat. Lebih dahsyat apabila mereka merasakan orang lain lebih hina dari keluarga mereka.

    Kekayaan Harta
    o Si Takabbur merasakan kuantiti material dianggap petunjuk kewibawaan sedangkan kewibawaan seseorang memerlukan kualiti jiwa. Dia meletakkan nilai barang seperti wang, rumah, kenderaan dan biznes yang maju.

    Pengaruh/Kawan sekililing/ Ramai pengikut
    o Sokongan baik ikhlas atau tidak banyak mempengaruhi keegoan nseseorang tetapi apabila tersepit, kemana perginya kesombongan mereka. Kemana perginya kawan-kawan mereka.

    Peringatan kepada si Takabbur termasuk kita sendiri.
    Namrud dikalahkan oleh seekor nyamuk, Firaun lemas di Laut Merah, Qarun oleh tanah, maka sedarlah kita bahawa pada zaman moden ini manusia telah hancur oleh virus dan bacteria yang lebih kecil dari seekor nyamuk.

    Sesungguhnya mengetahui tentang punca-punca takabbur tidak semestinaya akan menghilangkan rasa takabbur. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama meleburkan takabbur dengan ilmu dan amal, dengan ibadah dan mujahadah serta dengan doa dan istiqamah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Takabbur punca Fitnah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top