Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 15 Julai 2011

    Fadhilat Sya’ban

    Esok, 16 July 2011 adalah Nisfu Syaaban,
    Bulan syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahlihikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pad bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

    Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

    Memperbanyakkan puasa sunat
    Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawan Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya” “Barangsiapa yang berpuasa 3 hari mapa permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala memcatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang mati syahid.”

    Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
    Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taal mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit. “ (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

    Bertaubat
    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radhiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Manakala masuk bulan syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:
    “Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amak ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Fadhilat Sya’ban Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top