Terkini
  • Terkini

    Isnin, 18 Julai 2011

    Jalur Lebar yang tidak Melebar

    “If your service is not up to standard, you might as well do not provide the service…. Our infrastructure is now on full gear…” Seorang pegawai ISP memberitahu saya semasa mengunjungi kempen jalurlebar di ibu-negeri. Sebagai seorang yang terlibat terus dalam memberi khidmat kepada pelangan, saya amat tertarik dengan keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap produk sendiri. Tetapi pegawai yang bercakap ini merujuk kepada situasi di bandar-bandar utama. Persoalan yang ingin saya utarakan ialah, macamana di kampung saya yang serba kekurangan dari segi infrastruktur dan langsung tidak selari dengan meletupnya informasi dan kecanggihan remaja dalam IT.

    Kemelut air bersih sudah banyak diperkatakan malah sangat membimbangkan pentadbir dan pemimpin. Biarlah kali ini saya menyentuh sabjek jalur lebar sahaja kerana ianya sama penting dari segi membentuk modal insan.

    Dalam pengelaman kami menjadi dan mengurus ‘Call Center’ sementara untuk PBB seluruh Lawas pada April lalu, kami melalui keadaan amat sukar kerana tindakbalas internet yang lemah malah kadang-kadang transaksi langsung tergendala. Call Center yang beroperasi dari Teratak 1Malaysia berfungsi menyemak status pengundi untuk seluruh penduduk Lawas. Pengundi akan membuat panggilan melalui Talian Panas dan dilayan oleh beberapa orang yang diperkemaskan dengan Laptop dan broadband masing-masing.

    Kami juga menerima keluhan dari pelajar-pelajar IPTA tempatan dan yang membuat lawatan sambil belajar di Kampung ini. Sejak dulu lagi kampung ini sering menjadi sasaran kerja amal mahasiswa-siswi dari universiti-iniversiti tempatan seperti sejauh UM dan sedekat UMS.

    Tahun lepas, kumpulan dari Malaysian Nature Society (MNS) yang membuat penyelidikan tentang alam flora di Kampung ini juga mendapati sukar untuk memuatturun penyelidikan mereka.

    Di dareah Lawas, Punang adalah kampung yang paling popular baik sebagai tumpuan kepada pengunjung untuk riadah, pembelajaran ataupun amal dan kelemehan laluan internet banyak menjejaskan imej ini. Pada hujung tahun ini sekumpulan 30 pelajar dari Bandar Sri Begawan, Brunei akan membuat lawatan sambil belajar dan pastinya apa-apa jua infrastruktur berkelas nasional akan menaikkan persepsi terhadap kampong ini khasnya dan negara amnya
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Alhamdulilah, perkara ini sudah pernah saya utarakan, namun tinggal hampas sahaja. Mungkin perkara ini tidak membawa keuntungan pada yang berkaitan, keuntungan hanya milik orang tertentu sahaja maka diabaikan sebarang pandangan kita. Sepatutnya hal sebegini tidak dipandang remeh @ diambil ringan, wakil rakyat yang kita pilih samada di negeri atau persekutuan memikirkan dan menyuarakan masalah ini. Takkan hanya duduk dikerusi parlimen yang EMPUK sahaja, lepas sahaja 3 penggal dapatlah sesuatu terus rakyat dilupakan, mana dia slogan yang dilaung2kan oleh PM kita, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAAN DIUTAMAKAN.

      BalasPadam
    2. Apa yang tidak memberi keuntungan kepada syarikat(mcm CELCOM, TELEKOM), maaflah dorang nak melabur di suatu tempat itu tanpa pulangan yang besar. tengok lah ASTRO, dia tau keuntungan memang berbaloi, jadi ASTRO tak takut melabur..CELCOM?TELEKOM? APA adaaa!

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama3/8/11 6:49 PTG

      tdk kiralah lebar ka inda jalur lebar arah tani tp yg pasti bilangan org melayu yg mengunakan internet d lawas adalah sedikit jika di bandingkan dgn bangsa2 lain.(sedih).....

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Jalur Lebar yang tidak Melebar Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top