Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Julai 2012

    Penghayatan di Ambang Ramadhan


    Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”

    Berdasarkan ayat ini maka jelaslah bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bukan yang diberkati. Allah SWT memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda: “Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suata fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu’ (sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kapada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan mengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun.”

    Para Sahabat berkata:
    “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!”.
    Maka bersabda Nasi Muhammad SAW: “Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allahakan mengampuni dosanya dan memerdekakanya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkaradi dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menhhajatinya.

    Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke syurga.”

    Sumbangan Nadia Omarali
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Penghayatan di Ambang Ramadhan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top