Terkini
  • Terkini

    Selasa, 2 Ogos 2011

    Usaha Menerokai Punca Air

    Pada pertengahan Mei 2011, saya dan rakan telah berusaha dengan berjumpa seorang Pegawai Geology Survey Malaysia mengenai potensi air di sekitar Kampung Punang. Selain itu juga meminta pendapat beliau bagi menyelesaikan masalah air yang sedang dihadapi.

    Tujuan kami berjumpa Pegawai GSM ialah untuk menerokai samada sumber air bawah tanah boleh dimanafaatkan sebagai punca alternatif jangka pendek.

    Dalam penerangan beliau, kajian telah dibuat dan didapati potensi air di kawasan sekitar Punang jauh tidak mencukupi untuk diusahakan. Malah kalau terus diusahakanpun, bukan hanya tidak viable dari segi ekonomi tetapi lebih kepada memberi kekusutan kepada harapan orang kampung.
    (Kajian mendapati kawasan yang paling banyak air di kawasan antara Punang dan Sg Bangat hanya mampu mengeluarkan satu ribu liter per jam sedangkan penguduk kampung memerlukan sekurang-kurangnya 6 ribu liter per jam)

    Saudara Shaban Haji Salleh juga telah menghantar sampel air dari Telaga Ujung Bukit untuk ujian kandungan Fe (Iron), Mn (Manganese) dan Cl (Choloride). Ujian Lab Kuching Waterboard mendapati air perigi tersebut didapati mengandungi lebihan Fe(Iron) walaupun tidak melebihan paras bahaya.

    Saya juga telah berjumpa seorang pakar penapisan air sungai tetapi masalah yang dihadapi pula tidak ada sungai air tawar yang berdekatan di kawasan Kampung Punang. Kami selidiki potensi air Sungai Panjang, satu-satunya sungai terdekat tetapi seperti kita ketahui juga mempunyai air yang tidak mencukupi.

    Penapisan air laut adalah diluar keupayaan kita.

    Kami juga dinasihatkan membuat 'harvesting' air hujan .... (akan disambung)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Usaha Menerokai Punca Air Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top