Terkini
  • Terkini

    Selasa, 4 Oktober 2011

    Warisan Matusop Kambayat







    Pada 3 September 2011 bersamaan dengan 5 Syawal 1432Hijrah bertempat di Perkarangan Rumah Mantan Penghulu Hj. Narudin bin Matusof, berlangsungnya majlis Aidilfitri dan Silaturrahim Warisan Matusof bin Sidek dan Kambayat bte. Sulaiman. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini adalah yang pertama kali diadakan, yang telah menghimpunkan hampir 500 orang ahli keluarga dan keturunan arwah Matusof bin Sidek dan isteri beliau arwah Kambayat bt. Sulaiman. Program ini telah menghimpunkan ahli keluarga dan keturunan daripada generasi pertama hingga yang ke lima, daripada yang paling tua berusia hampir 100 tahun hinggalah yang berusia beberapa bulan sahaja.

    Antara tujuan diadakan program ini ialah

    1. Bagi menghimpunkan waris dan keturunan arwah Matusof bin Sidek dan isteri beliau, yang berada Negeri Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan Negara Brunei Darusslam.

    2. Bagi mengirat dan mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan persaudaraan sesama saudara yang telah lama tidak berjumpa dan bersua muka

    3. Bagi berkenalan dan mengenali saudara yang jauh, terutamanya dikalangan generasi muda yang tidak pernah berjumpa, malah kadang-kadang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ada ikatan persaudaraan dan ikatan darah.

    Menurut cerita, arwah Matusof bin Sidek berasal daripada Kg. Lurong Dalam, Negara Brunei Darussalam dan isteri beliau daripada Kg. Lurong Sikuna, Negara Brunei Darussalam. Beliau dan isteri telah berpindah daripada kampong halaman mereka kerana untuk mencari pekerjaan dan ingin mengubah taraf hidup mereka. Maka tempat yang mereka pilih ialah Kampung Punang, Lawas, Sarawak. Maka jadilah mereka penduduk tetap kampong Punang. Menurut cerita juga Arwah Matusof dan Isteri adalah antara orang-orang yang terawal yang menduduki kampong Punang, Lawas, Sarawak. Anak-anak arwah Matusof b. Sidek dan arwah Kambayat bt. Sulaiman ialah seramai 11 orang. 6 orang telah meninggal dunia dan yang masih ada ialah 5 orang. 9 orang daripada anak-anak arwah sempat mendirikan rumahtangga dan berkeluarga sementera 2 orang lagi telah meninggal dunia sebelum sempat mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.

    Pada hari ini keturunan ini, ada yang bekerja dan menetap di seluruh pelusok Negeri Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia, generasi pertama dan kedua keturunan ini ada yang berhijrah semula ke Negara Brunei Darussalam sebelum merdeka lagi hinggalah beranak,cucu dan cicit di sana. Seorang daripada generasi ke3 keturunan ini ada yang bekerja dan menetap di Berlin, Jerman malah telah berkahwin dan berkeluarga di sana, tapi beliau tidak dapat hadir dalam program ini. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak berganjak daripada kampong punang, Lawas, Sarawak.

    Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini ialah
    1. Majlis Bacaan Tahlil,
    2. Doa Selamat dan Kesyukuran Oleh Mantan Imam Hj. Mokti Bin Matusof
    3. Ucapan Pengerusi Program oleh Tuan Hj. Alias bin Hj. Timbang
    4. Ucapan Wakil Tuan Rumah dan Kg. Punang Oleh En. Awang Aris bin Hj. Narudin
    5. Ucapan Wakil daripada Negara Brunei Darussalam Oleh Tuan Hj. Omar bin Adinin
    6. Acara memotong kek hari lahir Mantan Penghulu Hj. Narudin b. Matusof yang ke 94 tahun, generasi pertama keturunan ini. Usia Mantan Penghulu Hj. Narudin yang sebenarnya hampir 100 tahun tapi yang tercatat dalam Kad Pengenalan ialah 94 tahun.
    7. Acara memotong pulut kuning oleh generasi pertama keturunan ini yang masih ada seramai 5 orang
    8. Acara penyempaian Cenderahati kepada setiap wakil Generasi Pertama keturunan ini.
    9. Acara cabutan tiket bertuah.
    10. Kutipan Derma Kilat kepada Masjid Nurul Iman, Kg. Punang daripada semua ahli keluarga dan keturunan yang hadir berjumlah hampir RM. 3,000.00


    Sehari sebelum majlis bermula telah diadakan gotong-royong memotong daging dan masak-memasak, bagi jamuan semasa program di rumah Mantan Penghulu Hj. Narudin Bin Matusof dan pada hari inilah bermulanya sanak-saudara berkumpul dan bermesra terutamanya bagi generasi kedua dan ketiga yang kebanyakkannya membesar bersama tetapi bila dah berkeluarga masing-masing dengan haluan sendiri. Majlis ini boleh juga dikatakan pertemuan keluarga yang terpisah oleh dua buah Negara iaitu Malaysia dan Brunei Darussalam. Majlis ini berakhir kira-kira pukul 3:00 petang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Tahniah kepada penganjur majlis ini. Satu usaha mengenang jasa orang yang telah pergi patut dicontohi oleh kits.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Warisan Matusop Kambayat Rating: 5 Reviewed By: Punang News
    Scroll to Top