Terkini
  • Terkini

    Isnin, 23 Januari 2012

    Punang Gemilang di REGATA 2012


    ‘Alhamdulillah kita di tempat ke 3 !!! Demikianlah yang terlafaz setelah para pekayuh mencecah garisan penamat.Berbaur rasa dalam perasaan ini..kecewa berbaur sedih serta gembira.

    Melihat saingan kita sepanjang zaman iaitu Pasukan Putera Kuala Lawas mendahului pasukan kita digarisan penamat membuat perasaan ini berbaur rasa.Kecewa dengan kekalahan kita namun tumpang bangga dengan kemenangan Pasukan Putera kali ini.Lebih manis bercampur pahit lagi apabila kedua-dua perahu Putera telah mendahului kita kali ini.

    Dalam pertarungan sebanyak 19 buah perahu di acara Terbuka di Negara Brunei Darussalam kali ini,kita hanya mampu menduduki tempat ke 3, manakala Pasukan Putera Kuala Lawas telah merangkul Juara dan Naib Juara.

    Sebagai sebuah Pasukan yang bermaruah, kita kena akur dengan keputusan ini.Kita sendiri tentu lebih tahu kenapa kita kecundang ditangan ‘mereka’ kali ini.Biarlah ‘kitani’ saja yang tahu dan mengambil ikhtibar serta berazam untuk mengatasi mereka pada Regata Limbang tidak lama lagi.

    Walaubagaimana pun dengan kedudukan ditempat ketiga pada acara di Brunei ini sudah cukup membuktikan akan kebijaksanaan Pihak Pengurusan Pasukan kita. Terutama Ketua kita iaitu En.Ismail Hussien dan En Bujang Andan.

    Strategi serta usaha gigih mereka berdua telah membuahkan hasil pada kali ini.Saya percaya kedua-dua nya akan lebih bersedia dalam merangka sebuah Pasukan yang lebih mantap pada Regata yang akan datang.

    Pasukan Punang Gemilang serta Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Jutaan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pihak keluarga Dk Armah Pgn Jinin kerana sudi menyediakan Markas bagi Kontenjen kami kali ini.Penat lelah yang telah pihak keluarga beliau curahkan sepanjang kami berada di rumah beliau adalah sesuatu yang amat membanggakan sebagai anak jati kampung Punang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Punang Gemilang di REGATA 2012 Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top