Terkini
  • Terkini

    Khamis, 30 Ogos 2012

    Si Tanggang Moden ada di Punang?

    Agar kisah ini menjadi peringatan kepada warga Punang yang telah berjaya dan berada diperantauan. Dalam kita mengejar cita-cita dan menyaingi peredaran zaman, kita tidak harus lupa kepada asal-usul terutama sekali ibu-bapa yang banyak berkorban membesarkan kita.

    Kita mungkin berjaya di dunia tetapi belum pasti kita akan terselamat di akhirat. Paling baik ialah berjaya di dunia dan di akhirat.

    Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, mengarahkan seorang anak yang disifatkan sebagai ‘Si Tanggang Moden’ memohon maaf secara terbuka mengikut hukum syarak terhadap kedua-dua ibu bapa, dua anaknya yang diabaikan lebih lapan tahun serta ahli keluarga lain tidak lebih dari tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.
    Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Rosdi Harun turut mengarahkan Nasrun Mustafa, 38, yang kini bekerja di Bintulu, Sarawak, sebagai pengurus operasi sebuah syarikat cari gali minyak berpangkalan di Kuala Lumpur membayar tuntutan sebanyak RM400 sebulan terhadap kedua ibu bapanya serta RM400 sebulan setiap seorang terhadap dua anaknya, Mohd Amirul Nasrun, 17, dan Nur Thahirah Nasrun, 15.

    Dia yang berpendapatan RM18,000 sebulan itu turut diarahkan membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang anak dalam tempoh dua minggu setiap kali menyambut Aidilfitri sebagai persiapan.

    Selain itu, responden turut diarahkan membayar sebanyak RM18,866.50 atau tunggakan perbelanjaan dan sebagai teladan kerana tidak pulang ke rumah menemui keluarga termasuk kedua-dua anaknya dalam masa lebih lapan tahun sebelum ini.

    Semua tuntutan tersebut difailkan pasangan warga emas ini, Mustafa Ismail, 65, dan Che Meriam Abdullah, 58, dari Kampung Beladau Kolam, Manir, di sini, terhadap anak lelakinya, setelah mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anaknya lebih lapan tahun selepas berlaku penceraian dengan isteri pertamanya pada 30 Disember 1998.

    Malah, kini, anak lelakinya itu telah berkahwin lain dan begitu juga dengan bekas isterinya.

    Dalam prosidingnya, Rosdi turut menyelar perbuatan Nasrun dengan ungkapan “Si Tanggang Moden’ yang mana tidak pernah hadir setiap perbicaraan mahkamah bermula pada 2 Mei tahun lalu dan sentiasa mengemukakan pelbagai alasan melalui peguamnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Si Tanggang Moden ada di Punang? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top