Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 28 September 2012

    Bangkok - City of Life

    Kota cosmopolitan ini tidak pernah membosankan. Kota yang boleh diibaratkan “syurga dunia” sering menjadi tumpuan pelancung luar yang datang dari setiap pelusuk dunia. Lawatan saya pada 26 -30 September 2012 adalah kali pertama saya ke Bangkok.

    Tempat membeli belah yang berselerakan. Pilih saja yang mana anda suka mengikut kemampuan, dari pusat membeli belah yang trendy seperti Siam Discovery dan Siam Paragon, atau ke Pusat membeli belah terbesar di Asia, CentralWorld sehinggalah ke pasar minggu Jatujak, semuanya menawarkan harga yang berpatutan setanding mutu.

    Jika bajet anda agak terhad, anda boleh berkunjung ke MBK Mall yang terletak di Siam Centre atau Pasar Pratunam. Kebanyakan harga beg-beg tangan, blaus dan kasut semuanya bermula pada harga THB199 dan anda tetap boleh tawar menawar. Pasar Pratunam juga cukup popular dengan tekstil dan pelbagai barangan kraf. Jika anda mahukan barangan dalam bentuk pukal, Pasar Sam Pheng beroperasi seawal jam 4 pagi boleh anda kunjungi.

    Menjelang malam, suasana semakin hangat dan mendebarkan dengan pelbagai tarikan yang tidak patut dilepaskan. Suan Lum Night Bazaar dan Pasar PatPong sentiasa padat dengan pelancung yang berpelesaran sambil mencari buah tangan untuk dibawa pulang.

    Bagi sesiapa yang kaki makan, Kota ini amat terkenal dengan syurga makanan. Tapi bagi yang beragama Islam, disini agak sukar untuk mendapat makanan Halal. Jika ada pun cuma dibeberapa kawasan tertentu seperti di persekitaran kawasan Ramkamphaeng dimana majoriti penduduknya adalah penuntut universiti Ramkamphaeng serta Thai Muslim yang kebanyakannya berasal dari daerah Selatan Thai. Ada beberapa tempat yang menghidangkan makanan Thai yang Halal tapi lokasinya tidak berapa strategik dan sukar dijejaki.
    Selain dari itu terdapat pelbagai lagi menu tempatan yang boleh disediakan sendiri. Andai anda mencari lokasi hotel yang memudahkan anda untuk mencari makanan halal, aku cadangkan Hotel Zenith Sukhumvit kerana berhadapan dengan hotel tersebut terdapat deretan makanan dari Timur Tengah dengan pelbagai menu pilihan.Tambahan pula lokasinya memang strategik dan senang untuk akses kemana-mana bahagian kota Bangkok. Walaubagaimanapun harganya agak mahal berbanding dinegara kita Malaysia.

    Kebanyakan Hotel-Hotel di Kota Bangkok tidak menyediakan makanan halal sebaliknya pengunjung perlu pandai memilih makanan yang bebas daging khinzhir atau “pork free”.Tapi jika anda was-was dan tidak mahu kebuluran lebih baik anda bawa bekal mee maggi atau sambal tumis ikan bilis yang boleh dimakan bersama roti.

    Sekiranya anda sedang merancang percutian sulung anda ke Kota ini adalah dinasihatkan anda mengambil pakej lawatan yang disediakan oleh ajen-ajen yang bertauliah kerana mereka lebih mengetahui tempat-tempat yang mesti anda lawati dan tempat-tempat makan yang menyediakan makanan halal.


    Visit: 26 - 30 September 2012

    Carian: Penginapan Hotel
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bangkok - City of Life Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top