Terkini
  • Terkini

    Ahad, 16 September 2012

    Majlis Ramah Tamah Punang Jaya

    15 September 2012 bersamaan 28 Syawal - Majlis Ramah Tamah anjuran PBB Ranting PJ, JKKK dan WI Punang Jaya telah berjaya diadakan dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah dan Pegawai Penerangan Daerah serta isteri masing-masing.

    Turut hadir termasuk Counsellor dan Ketua Pemuda Saimi Nasib, Kounselor Othman Dinin, Saudara Latip Sahat, Ketua Masyarakat, Penghulu Raduan Tahir dan Pengerusi Persatuan Nelayan Bahagian Lawas, Awangku Adenan Pengiran Tangah yang juga pengerusi Majlis ini.

    Disebabkan oleh bajet yang terhad maka Majlis ini hanya melibatkan penduduk Kampung Punang Jaya dan hanya menjemput wakil-wakil dan sebahagian warga Kampung Punang.

    Program Majlis ini termasuk
    1. Ucapan Pengerusi, Ketua Ranting PBB dan Tuan Pegawai Daerah
    2. Sumbangan untuk murid cemerlang dalam UPSR
    3. Sumbangan untuk Warga Emas
    4. Sumbangan untuk Anat-Anak Yatim
    5. Sumbangan beras 1Rumah 1Kampit

    Selain makanan biasa hari raya, VIP juga dihidangkan dengan ikan Veritus (Baritus) masak putih.

    Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua warga yang terlibat.
    Kaum Ibu menikmati Juadah Hari Raya

    Best makan
    Sumbangan beras 1Rumah 1Kampit
    Dihadapan - Isteri DO dan Isteri Pegawai Penerangan (Biru)

    Sebahgian Hadirin

    Menikmati juadah Hari Raya
    Pengerusi PBB Ranting PJ menyampaikan amanat Hari Raya
    Tuan DO Haji Supaih Hamdan memberi amanat Hari Raya

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Ramah Tamah Punang Jaya Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top