Terkini
  • Terkini

    Selasa, 6 November 2012

    Pemain Awang Mohd Dzulfadli

    LIMBANG: “Saya bersyukur kerana impian selama ini menjadi kenyataan,” kata pemain Limbang, Mohd Dzulfadli Awang Marajeh yang bakal menandatangani kontrak bersama skuad Ngap Sayot musim depan.

    Pemain muda berasal dari Kampung Punang Lawas itu berkata peluang menjalani latihan bersama pasukan Sarawak di bawah bimbingan jurulatih import, Robert Alberts musim depan tidak akan dipersia-siakan sekali gus menjadi medan terbaik untuknya mengasah bakat.

    “Saya ingin mencuba lebih jauh dalam persada bola sepak negeri, justeru peluang itu sememangnya amat saya nanti-nantikan.

    “Apabila terpilih kelak saya tetap berasa bersyukur dan berazam untuk akan mempamerkan prestasi membanggakan bersama pasukan Ngap Sayot,” kata pemain berusia 21 tahun ini.

    Mohd Dzulfadli sebelum ini pernah mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Politeknik Kuching dalam bola sepak sejak 2010 hingga 2012.

    Di samping itu, beliau juga kerap beraksi untuk Bahagian Limbang dalam perlawanan bola sepak yang dianjurkan sehingga terpilih antara 21 pemain skuad Limbang pada Kejohanan Piala Sarawak 2012 di Miri, Oktober lalu.

    Menjanjikan persembahan terbaik, Mohd Dzulfadli berkata peluang keemasan itu akan dijadikan sebagai landasan untuk melebarkan sayapnya ke peringkat yang lebih tinggi.

    “Saya tidak akan mempersia-siakan peluang keemasan ini, kerana ia merupakan pengalaman berharga dalam karier bola sepak saya untuk pergi lebih jauh lagi dalam sukan nombor satu itu,” katanya.

    Beliau turut berterima kasih kepada ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang memberi peluang kepadanya untuk menjarung jersi pasukan negeri musim depan.

    “Saya juga berterima kasih kepada bimbingan jurulatih skuad Limbang, Bulhaji Wahab serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi skuad Piala Sarawak Limbang 2012 kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk beraksi mewakili Limbang,” katanya.



    Posted on November 6, 2012, Tuesday
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pemain Awang Mohd Dzulfadli Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top