Terkini
  • Terkini

    Isnin, 24 Disember 2012

    Perbuatan sabotaj air beri gambaran buruk


    LAWAS: Tindakan sabotaj yang dipercayai dilakukan oleh pihak bekalan air JKR Lawas sendiri seperti yang didedahkan akhbar ini baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan boleh menggambarkan imej buruk anggota perkhidmatan awam.

    Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Punang Jaya, Awang Bohari Lair berkata tindakan menutup kunci air di saluran batang paip ke Punang amat tidak bertanggungjawab kerana menjejaskan lebih 5,000 pengguna bekalan air bersih di kawasan terbabit.

    “Perbuatan salah laku yang dilakukan oleh mereka adalah tidak berdisiplin dan boleh dibuang kerja.

    “Sebagai pihak berkuasa yang diamanahkan untuk menyediakan perkhidmatan pengagihan air di daerah ini, prosedur operasi standard harus diletakkan dalam  penguatkuasaan yang ketat dan pengauditan serta pemeriksaan mestilah dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada Utusan Borneo semalam.

    Awang Bohari berkata, tindakan pihak berkuasa (Jabatan Kerja Raya Lawas) yang melaksana tindakan segera termasuk memecat individu yang tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan sabatoj itu amat disokong.

    “Tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk membuang kerja adalah wajar agar perbuatan tersebut tidak berulang lagi sehingga memudaratkan masyarakat di kawasan sekitar.

    “Kami menjangka standard integriti yang tinggi dan semangat profesionalisme jabatan itu dalam menyediakan rangka kerja untuk menguruskan sebarang masalah termasuk tingkah laku tidak beretika dalam menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

    Rabu lepas JKR Lawas mengenal pasti wujud unsur sabotaj yang menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan secara terus ke kawasan sepanjang Jalan Punang di sini sehingga menyukarkan penduduk sekitar mendapatkan bekalan air sejak sekian lama.

    Jurutera JKR Lawas Norman Jan ketika mendedahkan masalah itu berkata, tindakan sabotaj itu dipercayai dilakukan pihak bekalan air JKR Lawas sendiri yang menutup kunci air di saluran batang paip ke Punang.


    Posted on December 24, 2012, Monday Read more: http://www.theborneopost.com/2012/12/24/perbuatan-sabotaj-air-beri-gambaran-buruk-perkhidmatan-awam/#ixzz2G6oSnp1j
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Perbuatan sabotaj air beri gambaran buruk Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top