Terkini
  • Terkini

    Ahad, 17 Februari 2013

    Yang Berkuasa Dihujung Nyawa

    YANG BERKUASA telah lama berkuasa,berbagai tari berbagai irama, semenjak tarian zapin,tarian disco,tarian Poco-poco terkini dengan Gangnam Style nya.

    Saat menari tarian zapin nya mereka kaya, gah dengan Kuasa ditangan nya.SIPEMBERI KUASA juga terbuai bersama-sama dalam majlis tarian nya. Dek kusyuk menari sesekali sumbang juga langkahnya namun dapat ditutup dengan dikuatkan volume muzik tariannya.

    Belum puas dengan Zapinnya, mereka reka Poco-Poco dalam hiburannya. Hingga Sibangka tertanggal kopiahnya, Makcik Kiah terlucut tudung rambutnya, berseluar ketat senaman aerobic katanya. Makin berbunga hati kecilnya dengan kesudian YANG BERKUASA berdansa dengannya sehingga lupa akan cucu-cucunya,begitulah lagaknya.

    Poco-Poco rupanya tak sehebat mana, ramai yang kata style lama. Maka menirulah mereka hasil Korea, terkinja-kinjalah mereka dengan Gangnam Style nya. Wahh ! yang ini hebat rasanya, SIPEMBERI KUASA suka sangat dengan lenggok lompatnya.YANG BERKUASA pun bertambah idea, lebih ampuh menarik SiMuda, sangat berguna untuk menambah pengikutnya. Boleh menang besar kata perasan nya.

    1M4U serbuk perasa bagi penyedap Simuda-mudi nya. Sambutan pula memang tak dijangka, terpekik terlolong mereka dibandar dan desa hingga terlupa ada ceramah agama dikampung Surau nya.

    Dalam menari terkinja-kinja terseliuh urat kakinya,semput pula nafas YANG BERKUASA, terasa senak perlu diperiksa secepatnya. Sakit kali ini lain rasanya menusuk ke jantung, ngilu keseluruhan nya. Dihimpunkan Pakar bagi memeriksa untuk memastikan apakah sakitnya. Tak cukup Doktor, Bomoh pun dijemput juga.

    SIPEMBERI KUASA turut risau dengan keadaan nya, ‘ahh tak apa kata YANG BERKUASA, nahh ini BR1M buat belanja, teruskan lah tarian kalian dengan setia.

    Namun dalam diam YANG BERKUASA menahan perit kesakitan nya, sangat pedih, bisa menusuk jantung nya. Terlentang dia menahan nazak nya, berbagai petunjuk datang menjelma dibayangan mata. Makhluk kuning berpusu-pusu menerpa dada disusuli pula Sang Merah menyala-nyala. Semua ini menghimpit menyesakkan nyawa, sempat Mengucap kah tidak gamaknya.

    HARI PERHITUNGAN hampir tiba, suara Sang Hijau gegak gempita, ini sang pengacau lagi sesat kata nya. SIPEMBERI KUASA memasang telinga, ramai yang mengakui kebenaran hujah nya, 30 Juzuk Paksi rujukan nya, amat payah menidakkan nya.

    Para penari terhenti seketika, berfikir sejenak atas tarian yang dipelawa oleh mereka. Direnungi nya Bukit gunung dan rimba, botak ditarah oleh siapa?? Ohh ini rupanya angkara Dia, buat belanja tarian ini semua, malah selebihnya entah kemana.Tak cukup disini simpan diluar Negara. Ohh kaya lah saudara-mara nya, cucu-cicit nya senang belaka. Kita, tinggal letih akibat Gangnam Style yang dipelawa nya.

    YANG BERKUASA nazak derita, hendak Mengucap keras lidah nya. Kesalahan dosa terbuka semua, SIPEMBERI KUASA sukar dimenangi nya semula. Usaha Akhir tetap dibuatnya, walau sumbang dipandang mata, digagahi nya kaki tuk menari semula.

    SIPEMBERI KUASA sudah insaf nampaknya, Penyanyi Penari hadhiri Ceramah Agama akhirnya. Seruan Illahi sirna lewat tarian lalainya. Cahaya Kebenaran selalu menang walau dihujung nyawa berkat Doa Hijau Perdana.

    Takbir Allah Hu Akbar dilaung seluruh jagat raya. 30 Juzuk di Paksi Jua.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Yang Berkuasa Dihujung Nyawa Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top