Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 1 Mac 2013

    Wira Punang di perbatasan Lahad Datu


    Suryadie Reduan adalah antara perwira yang berada diperbatasan dan terlibat dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu. Suryadie, yang berasal dari Kampung Punang, adalah anak kepada Penghulu Reduan Tahir.

    1 Mac  @Jumaat - Tembak menembak bermula dan dikatakan seramai 3 orang askar kita gugur manakali 69 penceroboh telah ditembak mati.

    28 Februari- diberitakan 2 org pemberontak telah ditembak mati oleh ketua mereka kerana berpaling tadah.

    12 Februari - pencerobohan bermula. Lebih 180 lelaki warga asing dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah. Keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

    Insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina, dan pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri. Kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

    Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

    Suryadie berdiri
    Punca Pencerobohan Tentera Filipina

    Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

    Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

    Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

    Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

    Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Wira Punang di perbatasan Lahad Datu Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top