Terkini
  • Terkini

    Ahad, 31 Mac 2013

    Nasi Ayam Lazat [Resipi]



    Bahan-Bahan Untuk Nasi
    1/2 cawan majerin
    2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
    2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
    3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
    1 cm kulit kayu manis
    4 kuntum bunga cengkih
    2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
    4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
    5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

    Cara-Cara

    1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumisbawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis,
    bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.

    2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
    ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.

    3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

    Cara menyediakan ayam

    1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan dan dibelah dua
    Garam
    Lada hitam yang baru dikisar
    2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
    2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
    2 sudu besar kicap manis
    3 sudu besar marjerin

    Cara-Cara

    1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
    bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
    Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.

    2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
    pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.

    3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Nasi Ayam Lazat [Resipi] Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top