Terkini
  • Terkini

    Khamis, 14 Mac 2013

    Permainan Tradisional - Main Kikik


    Teringat zaman menjadi murid SRK Punang. Sebaik selesai kelas harian kami akan balik ke rumah dan bersedia untuk bermain menjelang petang. Itulah rutin harian tertakluk kepada musim jenis permainan tradisional seperti main Kikik (Layang-Layang), Gasing, Kuit, main Tinting,  main Timbak-timbak (tembak), dan bermacam lagi. Selain permainan tradisional,  musim sukan nasional seperti main Bul (bolasepak), Sipak Takraw (Takraw) dan Badminton akan mengambil alih aktiviti harian kami.

    Kepada masyarakat yang pada masa itu masih daif, kami lebih suka permainan yang tidak membabitkan belanja dan boleh didapati dengan percuma. Duit adalah sesuatu yang amat berharga dan besar ertinya kepada kami. Tetapi disebabkan kedudukan kampung berada di tepi laut, maka mau tidak mau ada permainan yang kami perlu berbelanja.

    Antara permainan tradisional yang memakan sedikit belanja ialah Kikik. Proses membuat Kikik memerlukan material termasuk benang, kertas, gam dan buluh sebagai rangka. Rangka buloh boleh didapati secara percuma tetapi benang, kertas dan gam memerlukan sedikit belanja dan membabitkan orang tua baik dalam pembuatan atau mengeluarkan sedikit belanja.

    Pada zaman Haji Monir masih berkecipung dalam perniagaan ambulong (Lamenta), gam bukanlah isu kritikal dan tidak membabitkan perbelanjaan. Kami akan mengunakan ambuyat (Linut) sebagai gam dan pada ketika itu sehelai ketas hanya berharga kira-kira 20 sen. Ada juga kawan-kawan yang mengunakan tali ambor (pancing) untuk mengantikan benang. Lebih menjimatkan belanja jika mengunakan kertas gula (kertas Akhbar) tetapi kertas akhbar terlalu berat dan memerlukan angin yang sedikit deras.

    Kikik-Kikik yang kami buat hanyalah yang asas sahaja dan tidak ada yang berukir atau beraneka bentuk. Lagipun ianya bukan untuk persembahan tetapi untuk suka-suka atau 'berlawan'. Jika membabitkan perlawanan maka memerlukan sedikit tambahan kerja iaitu mengisar kaca untuk digam kepada benang. Kikik yang berjaya diputuskan melalui pergeseran benang akan dikira kalah.

    Musim paling sesuai bermain kikik apabila air surut petang dan kami akan bermain dipantai yang luas. Jika 'gian' berpanjangan hingga air pasing siang maka kami akan bermain di merata titian pail (jambatan)

    Sebenarnya permainan ini banyak memerlukan kemahiran selain pandai membuat. Kemahiran yang paling utama ialah menyaukkan kikik. Menyauk termasuklah penerajunan dan membawa kiki tersebut mencari musuh di kiri atai dikanan.

    Dan saya tidak dapat lupakan ada kawan yang bamara (mendapat bahaya) kerana ingin mendapatkan kembali kikik yang sudah terputus!


    Hj Nazir

     (Kikik: sejenis permainan tradisional Brunei (yang diperbuat daripada kertas, temiang dll) yang dapat diterbangkan dengan tali, layang-layang; kikik bilis, = kikik lasik, = kikik pasik sejenis layang-layang yang tidak berpaut dan aluknya tidak berkelok; )




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Permainan Tradisional - Main Kikik Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top