Terkini
  • Terkini

    Ahad, 10 Mac 2013

    Sejarah ringkas kelahiran Sabah

    Pada mulanya pentadbiran Sabah, dulunya dinamakan sebagai North Borneo, berada di bawah kesultanan Brunei. Pada 1704, Sabah diserahkan kepada Sultan Sulu sebagai hadiah kerana membantu  menyelesaikan pemberontakan yang sedang berlaku.

    Selepas itu kerajaan British, Sepanyol dan Belanda yang berniaga dikawasan ini mengiktiraf Sultan Sulu sebagai pemerintah Sabah. Beberapa perjanjian telah dimenteri.

    Pada 12 Januari 1878, setelah berlaku beberapa krisis, Baron de Overbeck, pedagang Australian, mengambil kesempatan berjumpa dengan Sultan Sulu meminta untuk mentadbir Sabah dengan bayaran duit Malayan sebanyak 5,000 setahun. Perjanjian ini meliputi persempadanan melibatkan:
    “…all the territories and lands being tributary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the NW coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the South and comprising among others the States of Peitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Muniang and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco River with all the islands within 3 marine leagues of the coast.”

    Pada 1881, Overbeck menjual Sabah kepada seorang pedagang British, Alfred Dent dan menyerahkan semua kuasanya kepada British North Borneo Company dan syarikat tersebut dianugerahkan Royal Charter pada 1881. Dalam surat Kerajaan British kepada Sepanyol dan Belanda menyatakan, ‘Syarikat British itu hanya menpunyai kuasa mentadbir, namum kedaulatan Sabah masih berada ditangan Sultan Sulu’

    Pada 1946, Sabah diserahkan kepada pemerintahan Diraja British oleh syarikat North Borneo dan pada July 10, 1946 – enam hari sebelum kemerdekaan Philippines- Kerajaan British memperakukan kuasa penuh dan kedaulatan mereka terhadap Sabah.

    Pada 1950, Kongress Philippina meminta diselidik semula kedudukan Sabah dengan tujuan untuk menuntuk kembali.

    Pada 1962 Perwakilan meminta President Philippines menuntut North Borneo (sabah) berdasarkan undang-undang dan procedur  antarabangsa.

    Pada 1963, Sabah merdeka dibawah Malaysia setelah pungutan suara dibawah rancangan Cobbolt dilakukan

    Penulis: Omarali Matjais
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Sejarah ringkas kelahiran Sabah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top