Terkini
  • Terkini

    Rabu, 11 Mac 2009

    Bab 2 - Keputusan lari meninggalkan Kampung

    Pada mulanya tidak siapa yang ambil tahu tentang kejatuhan Kota Limbang ketangan pemberontak. Warga kampung menjalankan kehidupan harian seperti biasa. Memancing, ambil kayu api, ambil daun nipah dan santai di ujung jungkai.

    Mungkin ada yang menunjukkan minat dengan mengikuti berita melalui corong radio tetapi hanya dianggap sebagai berita panas dan tidak mungkin akan melibatkan Kampung Punang atau Daerah Lawas amnya.

    Memang ada beberapa orang jiran yang menyuarakan kegusaran dan membabitkan pengelaman mereka pada zaman Perang Jepun yang baru 20 tahun berlalu. Sebagai tindak-balas kepada kegusaran itu, pemimpin masyarakat terus merisisk dari pihak berwajib di Lawas dan seterusnya meminta pendapat tentang apa yang harus dilakukan.

    Memang wajar meminta pendapat kerana dikatakan ada segelintir warga Punang yang terlibat dalam 'pemberontakan' dan mungkin keganasan akan berlaku semasa pihak berkuasa mengeladah harta dan keluarga orang-orang yang disyaki terlibat.

    Belum lama risikan dilakukan, tersebar berita yang seorang warga kampung (nama dirahsiakan ) telah diberkas semasa berkunjung ke kebun beliau di Pangi. Penduduk mulai panik kerana beliau ini tidak terlibat langsung malah seorang pekebun kecil yang kais pagi makan pagi. Sampai sekarang kita tidak tahu mengapa beliau diberkas dan ditahan selama beberapa minggu.

    Berita penangkapan ini membuat warga Punang sedikit kucar-kacir dan terus mengambil keputusan untuk lari meninggalkan kampung pada keesokan harinya dan bersembunyi dibeberapa tempat yang telah diputuskan. Maka mulai hari tersebut riuh-rendahlah warga kampung membuat persediaan termasuk pembahagian bot. Pastinya tidak ramai yang dapat melelapkan mata pada malam itu.


    Maka bermulalah kehidupan kami sebagai pelarian perang.



    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 2 - Keputusan lari meninggalkan Kampung Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top