Terkini
  • Terkini

    Rabu, 15 Mei 2013

    Rezeki Melimpah - Lapuran Utusan Sarawak

    Lapuran Utusan Sarawak lapuran ADENG IDRUS pada 15-May-2013:

    LAWAS, Selasa — Seorang nelayan dari Kampung Punang, Lawas telah mencipta rekod peribadi tersendiri dan juga untuk dearah Lawas apabila berjaya meraih tangkapan ikan merah sebanyak lapan tan metrik untuk tempoh dua hari berturut-turut.

    Pada hari pertama, beliau telah menangkap sejumlah tujuh tan metrik ikan merah menggunakan pukat ‘lengkong’ di kawasan perairan Punang dan diikuti dengan tangkapan hari ini dengan jumlah satu tan metrik yang menjadikan hasil yang diperoleh untuk dua hari ini berjumlah 8 tan metrik.

    Nelayan yang dikenali sebagai Kanonatau Murshidi Marli, 38, menjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang rahsia selain meletakkan hasil tangkapan lumayan itu sebagai rezeki daripada Allah. Namun beliau turut menjelaskan bahawa dengan penggunaan pukat ‘lengkong’ maka hasil yang diperolehi amatlah luar biasa kerana saiz pukat yang amat sesuai dengan jenis ikan yang diburu.

    Pada masa sama beliau tidak menolak kemungkinan yang beliau telah menemui lubuk tempat terdapat banyak ikan jenis merah berada dalam satu-satu masa kerana musim sekarang adalah tidak menentu. Hasil tangkapan telah dijual di sekitar Lawas dan sebahagian dipasarkan ke negara jiran dengan memastikan beliau mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda daripada biasa.

    Murshidi mengesahkan setakat ini telah memperoleh RM70,000 hasil daripada jualan tangkapan hari pertama yang memerlukan beliau mendapat bantuan lima buah bot nelayan lain untuk menarik tangkapan ke jeti pendaratan ikan di Kampung Punang.

    Tangkapan dijual pada harga RM13 sekilogram mengikut harga pasaran tempatan dan turut dijual pada harga sama di negara Brunei tetapi dalam bentuk mata wang negara jiran itu. Anggaran pendapatan beliau setakat ini melebihi RM100,000 untuk hasil tangkapan bagi dua hari berturut-turut dan semua hasil tangkapan sudah dimasukkan ke dalam bank.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Rezeki Melimpah - Lapuran Utusan Sarawak Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top