Terkini
  • Terkini

    Ahad, 7 Julai 2013

    Masjid Bergerak 4,000 Kilometer

    Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World) -Antara Masjid Tersejuk di dunia. Juga dikenali sebagai masjid di hujung dunia.MASJID ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara.

    Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab. Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

    Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.



    Sebuah masjid unik ini dan mempunyai kemampuan untuk bergerak ke sana sini adalah sesuatu yang sungguh unik dan jarang-jarang kita temui.  Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai. Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid tersebut.  Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka. Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf.
    Masjid dibawa menggunakan trak khas

    Dibawa pula melalu jalan air menggunakan tongkang


    Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf
    Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.

    Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

    Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan.
    Betapa besar pahala bagi mereka yang bersungguh-sungguh membina masjid ini kerana berusaha untuk memberi kemudahan kepada umat Islam lain untuk menunaikan ibadah solat.  Sungguh prihatinnya mereka kepada para umat Islam yang sukar untuk mencari masjid di sana.  Semoga usaha mereka mendapat segala kebaikan daripada Allah SWT jua.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Masjid Bergerak 4,000 Kilometer Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top