Terkini
  • Terkini

    Isnin, 26 Ogos 2013

    Pernah naik Harley Davidson tak?

    Dua orang pemuda sedang asyik naik kereta, tiba-tiba sebuah motor Harley Davidson memintas kereta mereka dan penunggangnya berteriak, " aloo..bro! Korang pernah naik Harley ke tak?" Dan kemudian zoom meluncur laju.

    "Kaparat mereka tu ! Baru naik Harley dah sombong! Kita kejar!" Kata pemuda yang memandu.
    "Jom!.." balas kawannya.

    Mereka memecut dan berjaya memintas Harley tadi. Tak lama kemudian, Harley tersebut berjaya memintas lagi, dan penunggangnya berteriak, "Bro ! Korang penah naik Harley ke tak ?" Dan harley itu meluncur laju meninggalkan kereta kedua pemuda itu.

    "Hampeh ! Hoi ! Berlagak.....eksiden baru padan muka !" Jerit pemuda yang memandu kereta tersebut.

    Rupanya di suatu selekoh tajam, Harley tersebut memang kemalangan dan penunggangnya dihempap motor Harley. Setelah tahu yang terlibat itu ialah Harley yang berlagak tadi kedua orang pemuda itu berhenti dan menghampiri penunggang tersebut.

    "Bro, korang pernah naik Harley tak ???" kata penunggang Harley sambil menahan sakit.

    "Ha ? Kau ni dah eksiden macam ni pun masih nak berlagak lagi ke ? Apa yang kau nak haa ?" Kata salah seorang pemuda itu.

    Lalu penunggang Harley itu pun menjawab, "..maksud aku, aku nak tanya kalau korang pernah naik harley...boleh la bagitau ku kat mana BREK moto nih!.."
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pernah naik Harley Davidson tak? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top