Terkini
  • Terkini

    Isnin, 6 Januari 2014

    Dugong berada di Laut Punang


    Anda kenal mamalia laut bernama dugong? Pernah dengar mengenai penyu agar dan ikan lumba-lumba atau dolfin? Apakah anda tahu ketiga-tiga habitat marin ini diklasifikasikan sebagai haiwan terancam dunia?

    Sekarang pun dugong, ikan lumba-lumba dan penyu laksana cerita sejarah yang kita hanya dapat dengar dan lihat melalui rancangan biografi atau cerita cerita nelayan zaman dahulu. Paling tidak kita dapat melihatnya berenang statik pada foto-foto di muzium.

    Itukah yang kita mahu? Memperdengarkan cerita seperti dinosaur yang tentu sekali boleh dianggap dongeng dan tidak realistik kepada anak-anak kita nanti? Sayang sekali, apabila habitat bernilai, unik dan terancam yang amat sukar ditemui tetapi ujud di perairan negara kita ini terbiar hapus; sedangkan ia boleh diselamatkan dan dipelihara.


    Habitat marin

    Kajian dilakukan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE, Institut Oseanografi dan Sekitaran (Inos), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), telah membuktikan lokasi bergeografi unik di perairan Lawas, Sarawak menjadi habitat hidupan marin terancam seperi dugong, penyu dan dolfin.

    Lokasi bernama Teluk Brunei yang terletak di Laut China Selatan ini dikenal pasti mempunyai khazanah rumput laut yang banyak dan terbesar di antara beberapa perairan Malaysia. Keistimewaan itu menjadikan Teluk Brunei sebagai destinasi tempat makan dugong dan penyu agar serta persinggahan ikan lumba-lumba yang dipercayai turut mencari makan di situ.

    Penganalisis Marin UMT, Dr Saifullah Arifin berkata, rumput laut merupakan hidupan yang yang bergantung kepada air cetek untuk tumbuh. Ia boleh didapati di persekitaran marin kawasan tropika, kawasan paya bakau dan juga di kawasan air payau.

    Bagaimanapun, kebanyakan rumput laut mendiami habitat  berpasir dan berselut seperti terdapat di Teluk Lawas.  Namun, ada juga spesies yang hidup di kawasan berbatu.

    “Dugong misalnya bergantung hidup dengan rumput laut sebagai makanan asasi. Jenis rumput laut pilihan dugong adalah Halophila dan Halodule dan rumput jenis ini memang banyak di Teluk Brunei. Sepanjang 10 tahun saya buat kajian di sini, terbukti Teluk Brunei bukan sahaja kaya rumput laut dan paya bakau, di sini juga terdapat dugong, penyu agar dan dolfin.

    Dugong merupakan sejenis mamalia laut besar yang juga dikenali sebagai langka dalam sesetengah masyarakat. Ia menghabiskan seluruh hidupnya di laut luas dengan menjadikan rumput laut sebagai makanan utama.

    Pengarah Institut Oseanografi dan dan Sekitaran UMT, Prof Dr Mohd Lokman Huain berkata, kajian terperinci terhadap aspek kesihatan dan kelestarian haiwan Marin terancam di Laut China Selatan mendapati penurunan pembiakan haiwan ini adalah disebabkan kemusnahan ekologi laut yang menjadi sumber utama mereka.

    “Dugong ialah sejenis mamalia yang panjangnya boleh sampai tiga meter dengan berat mencecah 400 kilogram. Mereka sangat tergantung pada lingkungan perairan yang kaya dengan sumber makanannya iaitu, rumput laut Halophila dan Halodule.

    “Banyak perkara yang berlaku di perairan lawas seakan membiarkan hilangnya dugong dari perairan Malaysia. Dan inilah yang kita cuba lakukan sekarang, lakukan kajian untuk pemuliharaan. Apabila kita banyak menjalankan penyelidikan di sini, kita mempunyai potensi besar untuk menyelamatkan satu-satunya perairan yang menjadi tempat persinggahan hidupan marin terancam di dunia,” katanya.


    Makanan alami dugong

    Dugong berenang pada dekat permukaan perairan dan sesekali menyelam pada dasar perairan. Pola renang dugong amat unik dan perlahan dan sesekali akan muncul di permukaan untuk mengambil udara.

    Di Teluk Brunei, bukan sahaja dugong bahkan ikan lumba-lumba juga telah ditemui di sana. Fungsi ekosistem rumput laut sebagai habitat dugong sangat penting kerana dugong adalah mamalia marin sensitif yang tidak suka dengan perubahan dalam persekitarannya.

    “Di Malaysia bahkan di dunia populasi dugong amat sedikit. Kita bertuah kerana memiliki Teluk Brunei yang menjadi tempat hidupan ini. Ekologi dugong menjadi hambatan utama bagi keupayaan konservasi dugong itu sendiri.  Sebagai mamalia laut, dugong sangat bergantung dengan rumput laut yang merupakan makanan alaminya, itu pun hanya beberapa jenis.

    “Sedangkan rumput laut ini pula hanya tumbuh di beberapa lokasi di perairan kita yang mana telah berlaku kerosakan dan degradasi yang cukup serius,” kata Dr Saifullah.

    Punca:
    1. Sinar Harian
    2. Dugong
    3. Berita Harian
    4. South Nations
    5.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Dugong berada di Laut Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top