Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 2 Mei 2014

    Musim Menangguk Bubok



    Saban tahun, musim bubok merupakan saat yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh para nelayan Kampung Punang, bahkan seluruh warga di daerah Lawas yang turut 'berpesta' sakan setiap kali ia menjelang tiba.

    Apakah bubok dan mengapa musimnya amat dinanti-nantikan?
    Bubok segar

    Bubok adalah sejenis udang kecil yang berhijrah mengikut musim. Biasanya, musim bubok di perairan pantai  bermula pada hujung musim tengkujuh iaitu pertengahan Februari sehingga pertengahan Mac setiap tahun.

    Selain menjadi bahan asas untuk membuat belacan dan cencaluk, bubok juga boleh digunakan untuk membuat cucur, dipais (dibungkus dalam daun) atau dimasak dalam buluh.

    Selain itu, ada juga yang gemar menjemur bubok sehingga kering supaya dapat menjadi ramuan utama (sapak) bagi menyedapkan masakan seperti menggoreng sayur dan membuat sambal belacan.

    Bagi penduduk tempatan yang sudah biasa dengan musim bubok, mereka mengenal pasti kedatangannya berdasarkan langit yang berwarna ‘merah’ pada setiap petang. Warna merah itu dikaitkan dengan warna bubok yang muncul dalam kumpulan besar menghampiri kawasan pantai.

    Bubok yang dikeringkan
    Kehadiran bubok secara tidak langsung turut menarik ikan-ikan untuk ke pesisiran pantai. Bagi nelayan, peluang yang datang sekali setahun itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak, sekali gus memperoleh keuntungan berganda.

    Lazimnya, terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menangkap bubok iaitu menggunakan Tangguk, sejenis pukat halus yang direntangkan pada pakak (kayu) sebelum disorong dengan berjalan kaki di pesisir pantai.

    Selain itu, mana-mana nelayan yang mempunyai ancau bubok, mereka boleh menggunakan alat ini
    untuk menangkap lebih banyak bubok di tempat yang lebih dalam dan hasilnya lebih bersih berbanding bubok yang diperoleh melalui kaedah sorong.



    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Musim Menangguk Bubok Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top