Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 21 Jun 2014

    Juruterbang dari Punang

    Beralih dari tradisi menangkap ikan sebagai cara hidup, kami dapati sudah ramai anak-anak Kampung Punang melibatkan diri dalam pelbagai bidang pekerjaan baik dalam kerajaan dan swasta dan mereka menetap dimerata tempat termasuk di luar negara.  Kini Kampung Punang telah melahirkan beberapa orang dalam industri penerbangan termasuklah tiga orang juruterbang (Pilot) dan beberapa orang lagi yang terlibat samada sebagai krew kabin, ataupun sebagai ground staff dan kargo handling.

    Juruterbang yang dimaksudkan ialah:
    1. Mohd Rosinur Rosli
    2. Mohd Faiq Ali
    3. Asyraf Affifudin 
    Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

                Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

                Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.

    Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang
    1.         Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
    2.         Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
    3.         Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
    4.         Boleh berkomunikasi dengan baik.
    5.         Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
    6.         Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
    7.         Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
    8.         Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
    9.         Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna).
    10.       Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
    11        Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.

    Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah, Malaysian Flying Academy (Melaka) dan Asia Pacific Flight Training (Kelantan). Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Juruterbang dari Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top