Terkini
  • Terkini

    Rabu, 25 Jun 2014

    Nelayan Kampung Punang perolehi hasil luar biasa

    REZEKI DARI LAUT: Nelayan sibuk mengeluarkan ikan dari pukat sebaik tiba dari laut.

    NELAYAN di Kampung Punang dekat Lawas memperolehi hasil tangkapan luar biasa Rabu lalu apabila mendapat lebih dua tan metrik ikan merah dan pelbagai jenis ikan tempatan selepas tujuh jam menurunkan pukat di laut.

    Situasi itu didakwa luar biasa kerana pada cuaca yang tidak menentu ketika ini rezeki di laut semakin bertambah  berbanding hari biasa.

    Meskipun agak terkejut, namun nelayan terbabit bersyukur atas rezeki tidak dijangka itu malah ada menjualnya secara lelong.

    Seorang nelayan, Bakar Dinin berkata antara ikan yang berjaya ditangkap beliau dan rakan-rakannya termasuk ikan putih, alu-alu dan bekalang.

    Katanya, hasil tangkapan luar biasa diperolehi nelayan di situ bermusim kerana tahun lalu juga terjadi situasi sama.

    Namun, tangkapan kali ini lebih banyak sehingga mencecah  lebih dua tan metrik.

    “Biasanya susah hendak dapat tangkapan sebanyak itu. Tetapi, kami bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan,” katanya.

    Menurutnya, tangkapan ikan yang melimpah sehingga empat metrik tan pada hari tersebut menyebabkan perahu yang dinaiki sudah penuh dan ikan banyak dilepaskan.

    “Kami tidak dapat membawa semua hasil tangkapan ikan dan juga pulang awal kerana bot penuh,” katanya.

    Nelayan Kampung Punang turun ke laut seawal jam 6 pagi sehingga jam 1 petang untuk mencari rezeki.
    (Dipetik daripada Page Lawas Online)


    Posted on June 25, 2014, Wednesday
    Read more: http://www.theborneopost.com/2014/06/25/nelayan-kampung-punang-perolehi-hasil-ikan-luar-biasa/#ixzz35e8Zu5ni
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Nelayan Kampung Punang perolehi hasil luar biasa Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top