Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 13 Februari 2016

    RM3.5 Juta Untuk Pembangunan Punang

    LAWAS (12 Feb 2016): Kawasan Punang kaya dengan produk pelancongan domestik di utara negeri ini bakal membangun selepas kerajaan meluluskan RM3.5 juta untuk pembinaan infrastruktur termasuk jeti, kemudahan masjid terapung serta projek mega lain.

    Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kemudahan itu memberi manfaat kepada golongan nelayan dan pengunjung tempatan dan luar yang ingin menikmati keindahan Pantai Punang yang berhadapan Laut China Selatan di Teluk Brunei.

    Katanya, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) merangka rancangan pembangunan untuk fasa kedua dan ketiga pembangunan di Punang dan Lawas sekali gus menampung pertambahan penduduk.

    “Antara kemudahan bakal dibina termasuk masjid berkonsepkan terapung di Pantai Punang, dermaga dan jeti menghubungkan rumah terapung,” katanya pada Karnival Sukaneka Kampung Punang/Punang Jaya 2016 di sini semalam.

    Turut sama isterinya, Datuk Dayang Morliah Awang Daud, Setiausaha Eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek, Ahli Majlis, Ahli PBB Bukit Sari dan Penghulu Redzuan Tahir.

    Menteri Kemudahan Awam dan Pembangunan Perindustrian itu berkata kemudahan tersebut bakal menjadikan kampung nelayan itu sebagai destinasi pelancongan dan pusat pengeluaran hasil laut utama di Lawas.

    “Pada masa sama, generasi muda perlu terus mencipta kejayaan seperti pernah dilakukan generasi terdahulu dalam pembangunan fizikal, politik, sosial dan ekonomi,” ujarnya.

    Jelasnya, sokongan berterusan golongan muda amat penting bagi memastikan Punang kekal membangun sekali gus merealisasikan rancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa lebih banyak pembangunan di Lawas.

    Beliau mahu penduduk kampung terbabit terus bersatu padu dan mengetepikan sebarang perasaan syak wasangka kalangan mereka.

    “Semangat perpaduan memudahkan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan dilaksanakan di samping kesepakatan penduduk kampung membekalkan anak-anak dengan ilmu pendidikan dunia dan akhirat,” katanya.

    Tambahnya, terdapat potensi besar pembangunan di Punang terutamanya sektor pelancongan dan pembangunan industri desa selain pemprosesan makanan tempatan.

    Beliau menjelaskan lokasi strategik dan keramahan penduduk di sini adalah faktor pemangkin kampung nelayan itu membangunkan khususnya ekonomi berasaskan pelancongan.

    “Antara projek pembangunan berpotensi bakal dibina termasuk chalet, inap desa dan sektor sampingan boleh dilaksanakan melalui penyertaan penduduk kampung melalui koperasi,” katanya.

    Awang Tengah menggesa jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) mengemukakan senarai infrastruktur dan kemudahan berkaitan untuk kelulusan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi terbabit.

    Mengenai karnival sukan menampilkan acara lumba perahu, beliau memuji penganjur mengadakan aktiviti mewujudkan keharmonian sosial dan pemangkin semangat perpaduan.

    Pada majlis sama, Awang Tengah turut melawat gerai-gerai penjaja serta solat Jumaat di masjid kampung tersebut.

     
    Read more: http://www.theborneopost.com/2016/02/13/rm3-5-juta-untuk-bangun-punang/#ixzz40Ox0Uy7D
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: RM3.5 Juta Untuk Pembangunan Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top