Terkini
  • Terkini

    Khamis, 9 Jun 2016

    Pentadbiran Kampung Punang

    Untuk mempermudahkan pentadbiran sesebuah kampung ia memerlukan satu sistem pentadbiran yang baik untuk lebih efektif dalam urusan pengawasan dan komunikasi dalam sesebuah masyarakat.

    Kampung Punang dibahagi kepada 3 bahagian dan ditadbir oleh 3 orang Ketua Kampung seperti berikut:
    1. Punang Laut - KK Haji Merali Bin Ambi
    2. Punang Riveria - KK Awangku Adenan Pengiran Tangah
    3. Punang Jaya - KK Shaban Bin Hj Salleh

    Dari segi pentadbiran politik, persempadanan pentadbiran juga diselaraskan dengan persempadanan mengikut persempadanan Ketua kampung iaitu:

    1. Warna Hijau - Punang Laut
    2. Warna Kuning - Punang Riveria
    3. Warna Pink - Punang Jaya 

    Sedikit nota tentang Pemimpin Masyarakat:

    Masih ramai yang tidak memahami tugas sebenar Ketua Masyarakt seperti Temenggong, Pemanca, Penghulu dan Ketua Kaum atau Tuai Rumah. Malah kadang-kadang ada pemimpin itu sendiri tidak tahu apa skop tugas dan tanggungjawab hakiki beliau. Disebabkan oleh kecelaruan ini, ada mereka yang seolah-olah sengaja lari dari tugas dan dirujuk kepada orang lain yang tidak sepatutnya.

    Secara ASASNYA Pemimpin Masyarakat adalah WAKIL atau AJEN kerajaan DAN rakyat terutama sekali melalui kemahiran merancang, mengetuai, menyeleras dan menyusun:
    • Activiti ataupun program untuk rakyat
    • Membela dan menyelesaikan masalah rakyat
    • Menyampaikan aspirasi kerajaan kepada rakyat
    • Bersama masyarakat melaksanakan projek atau program kerajaan.
    • menyalurkan informasi dengan tepat
    Pemimpin masyarakat harus melaksana tugas dengan dedikasi, tanggungjawab, jujur serta amanah supaya setiap agenda pembangunan kerajaan mampu dilaksana dengan baik. Tidak ada ruang untuk mereka yang korup, pentingkan diri dan pecah amanah.

    Lihat juga : Tugasan Pemimpin Masyarakat

    Harus tahu membezakan juga tentang tugas-tugas Pemimpin Parti

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pentadbiran Kampung Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top