Terkini
  • Terkini

    Ahad, 25 September 2016

    Cafe BINJAI Mengubati Rindu

    Cafe Binjai

    ANDA mengidamkan masakan bonda di kampung, kunjungi Cafe BINJAI yang terletak diantara CIMB Bank dan SCR Satok, Kuching.

    Kerana berkonsepkan Layan Diri anda pilih saja mengikut salera sendiri, antaranya masakan pucuk ubi masak lemak, ikan goreng, ikan segar masak putih, ikan pari masak kari, siput sedut, gulai lemak ayam kampung  serta pelbagai jenis sambal dan tidak kecuali DADAH Tahai dari Kampung Punang.

    Paling menariknya juga dihidangkan jenis buah-buahan yang local sebagai appetizer seperti Kembayau (Dabey), Pengalaban (Engkalak) dan jeruk buah BINJAI.

    Restoran berkonsep masakan tradisional dapat memberi pengalaman baru kepada mereka yang mahu mencari kelainan ketika menikmati hidangan sama ada bersama keluarga atau teman-teman. Ditambah pula dengan pemilihan cat kedai berwarna cokelat seolah-olah membangkitkan lagi suasana kampung yang ceria dan mood berbeza.

    Cik Bibi -Empunya Cafe
    Istimewanya, Cafe Binjai bukan sahaja dapat memberi pelbagai pilihan menu kepada pelanggan, tetapi turut mengutamakan dari segi layanan serta hiasan dalaman yang tidak kurang menarik.



    Meja tidak dibiar kosong, hiasan seperti dapur minyak, pelita buluh dan lesung batu turut menarik perhatian.

    Cafe kepunyaan dua rakan kongsi adik beradik iaitu Dayang Suriani Awang Aris dan Dayang Soharina Awang Aris (Kakak) yang ayah beliau berasal dari Kampung Punang Lawas telah memulakan perniagaan ini sejak setahun lalu dan perniagaan ini semakin maju.
    Berkonsepkan Layan Diri

    Next
    This is the most recent post.
    Catatan Lama
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Cafe BINJAI Mengubati Rindu Rating: 5 Reviewed By: 2win
    Scroll to Top