Terkini
  • Terkini

    Khamis, 14 April 2011

    Teratak 1Malaysia@PJ

    Ramai tersentak bukan kerana tertubuhnya teratak ini tetapi kehebatan konsepnya. Teratak ini menampilkan satu anjakkan paradigma bawaan AJK PBB Ranting Punang Jaya dengan mengaplikasikan 3 model yang berdaya maju iaitu: hi-activa, hi-tech dan hi-touch. Gabung ketiga-tiga model ini menjadikan Teratak ini berstatus mesra-rakyat

    Pada umumlnya, masyarakat melihat satu pembawaan yang penuh innovasi, kecerdasan pemikiran, konsep mendahului masa, berdaya saing, berorientasikan komersial dan menjadi kebanggaan warga kampong Punang. Ianya satu keberanian tidak pernah terfikir oleh orang yang taksub dengan konsep Bilik Operasi cara lama.

    Hi-Activa bermaksud banyaknya aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi dilakukan baik di Teratak, di Surau dan di Gelanggang Futsal. Manakala, Hi-Tech pula bermaksud cara bekerja dan berkomunikasi dengan mengunakan computer, internet serta dibantu oleh mesin fotostat, printer terkini dan hantaran sms secara melebar. Hi-Touch pula lebih kepada ‘back to basic’ atau balik kepada fitrah, dalam sentuhan adat, agama dan cara menghormati orang yang lebih tua.

    Bayangkan banner gergasi dengan megah tertulis : “Punang Tempat Tumpah Darahku” adalah latarbelakang yang paling popular bagi anak-anak muda bergambar dan merakamkan kenangan. Pada malam hari panahan lampu limpah membuatkannya seperti hidup dan penuh interaktif seolah sebuah ‘flasher’ di skrin komputer. Signage hadapan yang berlatar-belakangkan Bukit Sari Besar dan Bukit Sari kecil tertulis dengan menonjolnya “Teratak 1Malaysai Punang Jaya” dan setinggi 20 kaki menyeberang jalan tergantung satu-persatu perkataan “P-U-N-A-N-A-G J-A-Y-A” dengan dominan sekali.

    Apa kata para pelawat-pelawat? Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan semasa lawatannya bersama Ketua Menteri Sabah, Anifah Aman, mengatakan “Inilah Bilik Operasi yang tercanggih yang pernah saya lihat” Dan Datuk Anifah Aman mengiyakan akuan Menteri yang kita hormati itu.

    Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Dat.. “ Great!, You are giving me an idea. I will bring this concept to Semananjung’


    Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, semasa peresmian Gelanggang Futsal pada 14 April 2011 mengatakan perkara yang sama. “ Satu konsep yang akan saya bawa dan fikirkan”


    Seorang ketua Masyarakat, semasa lawatan ketua-ketua masyarakat ke Teratak kedengaran berkata “ Inda barakal diorang ani!” yang bertentangan dengan maksud “This people has no brain!”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Teratak 1Malaysia@PJ Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top